Ahad, 28 April 2013

Rezeki milik Allah, hiburan kita sudah jauh terpesong

cc Kepala Hotak Kamu


  Kata orang, rezeki dan jodoh itu milik Allah. Perkara-perkara sebegitu hanya diketahui olehNya dan dirahsiakan pengetahuan tersebut daripada kita. Bukan apa, Allah suruh kita sendiri berusaha untuk memperoleh apa-apa pun. Kalau rezeki dan jodoh itu sudah diketahui oleh manusia, sudah tentu kita akan berhenti berusaha.

   Satu lagi, adakah perubahan pentadbiran akan menyebabkan industri hiburan Malaysia akan musnah? Artis-artis tak dapat berjuang dalam medan seni dan pelbagai jenis bentuk hiburan akan diharamkan oleh PAS. Penjualan produk seni kita akan jatuh merudum dan hiburan kita akan lesu kerana terlalu dikawal ketat.

   Jujur cakap, industri hiburan kita sudah pun malap dan tak bermaya walaupun perubahan politik belum berlaku lagi. Aku bukan nak salahkan kerajaan sekarang ni kerana mereka dah bagi suntikan dana yang besar kepada kepala-kepala besar dalam bidang ni. Persoalannya, mengapakah hiburan kita masih tak mampu menyaingi negara-negara jiran. Thailand dan Indonesia amat terkenal dengan filem seram dan susur galur sejarah menarik. Malaysia? Filem hantu bodoh dan lawak plastik.

   Secara logiknya, macam mana perubahan pentadbiran boleh mendatangkan bala terhadap industri hiburan? Sama ada mereka yang mentadbir kerajaan adalah Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat, mereka masih tetap sebuah kerajaan. Semua orang faham kerajaan perlu ambil peranan terhadap semua bidang yang ada di Malaysia, adil dan saksama.

   Bidang hiburan pun mampu memberi impak kepada pertumbuhan kemajuan negara. Filem-filem dan lagu-lagu inilah yang akan mencerminkan tahap pemikiran rakyat Malaysia, sama ada kelas pertama atau ketiga. Kerajaan ada tanggungjawab terhadap bidang hiburan yang menggambarkan sebagai imej dan wajah kita di kaca mata luar.

   Contohnya filem-filem Hollywood dari negara barat. Filem tersebut tak pernah lekang daripada menunjukkan imej dan tempat popular di sana. Maka, seluruh orang termasuk kita sekali pernah berangan-angan nak pergi ke Hollywood atau tempat pelancongan yang pernah ditunjukkan dalam filem tersebut. Jadi bidang pelancongan pun turut akan berkembang juga kan?

   Jangan takut sama ada pentadbiran kita akan berubah atau tidak, hiburan kita masih malap dan hambar. Kualiti entah ke mana, keuntungan pun tak seberapa. Semua tokoh besar dalam industri hiburan perlu yakin yang rezeki itu milik Allah. Bila-bila masa kesenangan kita boleh tarik.

   Aku pun dah malas nak komen pasal kualiti bidang hiburan kita. Dah berapa kali aku buat post pasal kerencatan hiburan Malaysia. Cuma kat sini aku nak tekankan mengenai seorang artis, Norman Abdul Halim, daripada KRU yang mempertikaikan jika PAS memerintah, industri hiburan akan musnah dan merosot.

  Aku pelik, dia takut filem merosot atau dia dah tak boleh buat filem soft porno. Sebagaimana kita boleh lihat, elemen soft porno sudah pun menguasai dalam filem Malaysia dengan berpakaian menjolok mata, aksi ranjang atas katil, berpeluk-pelukan dan macam-macam maksiat lagi.

   Sedangkan orang barat pandai hargai labah-labah sebagai salah satu elemen superpower iaitu spiderman. Orang kita pula pergi angkat cicak sebagai superhero. Labah-labah berjasa kerana menolong Rasulullah bersembunyi. Cicak pula, tiup api untuk bagi api semakin menyala ketika nabi Ibrahim sedang dibakar hidup-hidup.

Tiada ulasan: