Khamis, 11 April 2013

Mereka dah habis, kita bila lagi?


  Payah juga yer ambil A-Level ni. Budak-budak asasi lain semua dah nak habis program belajar. Budak asasi UiTM Puncak Alam (PALAM) dah habis lama dah belajar. Budak asasi UM (PASUM) habis minggu ni. Aku juga yang kena tunggu setahun lagi.

  Seronok la mereka yang dah habis belajar asasi. Jarak masa nak tunggu sambung sarjana muda adalah enam bulan. Memang enjoy habis budak-budak pergi tunggang motor. Kalau cari duit boleh cekup satu Xperia Z yang baru tu.

 Kenapalah A-Level lambat sangat nak habis ni? Rasanya subjek lebih kurang sama payah dengan budak asasi lain. Mungkin jadual kot sebab jadual belajar A-Level lebih relax dan banyak waktu senggang untuk dibazirkan.

  Kalaulah A-Level ni buat setahun jer, bulan September ni juga aku pergi Amerika. Hahaha, pastu ambil sarjana muda dalam kejuruteraan. Habis degree terus kerja. Kalau nak pergi oversea kena tunggu tahun depan, lambat lagilah nak habis belajar. Rasanya ada kot sampai umur 24 tahun baru selesai mengaji degree. Tak campur master lagi tu.

Tiada ulasan: