Bermula esok, final exam dah bermula. Jadi, segala aktiviti aku nak online dan update post dekat sini terpaksa dihentikan sekejap. Sebab tu aku dah lama tak update blog. Rasa di hati macam nak berkempen pilihan raya je tapi sebab kesuntukan masa oleh final exam, niat tu terpaksa ditangguhkan.
Core Math, Statistics, Physisc, Chemistry, IELTS dan Mechanics merupakan antara subjek yang perlu lulus dan wajib A. Okey, hati aku sekarang dah rasa gugup. Paling minimum aku sasar adalah 4 point untuk satu subjek. Lepas cut-off point pada 12 daripada 15. Aku tak sanggup fikir yang aku mampu capai 12 atau pun ke atas lagi.
Sikap aku dan tahap pemikiran aku menyebabkan aku rasa berputus asa.Tapi pedulikannya. Aku dah masuk ke sini dan perlu keluar dengan rekod sebagaimana aku boleh masuk ke sini. Jadi, pengorbanan kena ada. Game PES13? Yang tu aku tak sanggup korban. Kena main hari-hari baru jiwa boleh relak.
Nak study berterusan tak boleh sebab nanti minda jadi blank dan kosong tiba-tiba. Maka lebih baik kalau tumpu pada soalan tahun lepas saja.
Okey, doakan aku dan kawan-kawan lain boleh berjaya sampai point maksimum 15 atau minimum 12.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan