Isnin, 15 April 2013

Video, bukti dan undang-undang




   Bolehkah video menjadi bahan bukti dalam mahkamah syariah nanti? Ramai yang mempertikai dan mempertikai kemampuan hukum hudud seperti qisas dan hudud kerana dianggap ketinggalan zaman. Malah mereka turut mempersoalkan bukti-bukti yang tidak bernyawa seperti video dan gambar.

   
   Mereka yang kurang belajar mengenai syariat islam sepastinya akan menentang pelaksanaan hukum islam yang dianggap tidak efisien. Sebenarnya, pelaksanaan undang-undang dalam islam sangat tegas dan teliti, hanya bukti-bukti yang diperakui dalam islam dan kuat saja boleh menjadi penghujah.


   Contohnya dalam kes berzina, seorang saudara telah ternampak perbuatan terkutuk dan ingin melaporkan kepada pihak berkuasa. Jadi, dia memerlukan empat orang saksi yang adil untuk memperkuatkan dakwaannya. Macam mana jika dia tak cukup saksi atau ada saksi tak layak tapi dia sempat buat rakaman video. Maka, video tu boleh dijadikan bukti tapi kes zina itu bukannya dalam pelaksanaan hudud lagi. Sekarang kes zina tu sudah beralih ke arah hukum takzir atau mengikut ketetapan pemerintahan.


   Untuk menyabitkan kesalahan kesalahan zina, kita memerlukan empat orang saksi adil yang diketahui sebagai orang yang kuat beragama dan tidak melakukan dosa besar kecuali sudah bertaubat nasuha. Malah penyaksian saksi-saksi tersebut bukanlah melalui pengintaian atau mencuri-curi hendap tapi dilihat secara tidak sengaja dan dibuat di tempat bukan sepatutnya. Kalau saksi tak cukup, saksi kurang diyakini, saksi-saksi sengaja mengintai di tempat tersembunyi, jadi zina tersebut bukan dalam hudud lagi. Hukuman rotan 100 kali sudah gugur.


   Tapi sampai di situ sahajakah? Tidak kerana masih ada lagi hukum takzir. Hukum takzir ini untuk menyelesaikan kes jenayah yang tak cukup bukti dalam hudud atau qisas tapi masih lagi mampu dibicarakan. Di sini, penggunaan rakaman video mampu dijadikan hujah dan akan dinilai sama ada ianya tulen atau palsu. Pembicaraannya akan terus berlangsung sampailah si hakim benar-benar pasti akan kebenaran kes ini.


   Kalau si dituduh tidak bersalah, maka dia akan terlepas. Kalau si dituduh bersalah dan ada bukti-bukti yang kuat, maka dia akan dijatuhkan hukuman. Hukuman tu bukannya dalam bentuk hudud iaitu 100 kali rotan di hadapan orang ramai tapi mengikut ketetapan pemerintah atau orang yang diberi kuasa. Macam hakim kata 50 kali rotan, maka hukuman tu akan diberi. Kalau penjara 2 tahun, maka penjaralah selama 2 tahun.


   Sila betulkan apa yang saya salah selama ini. saya ni kurang mahir dalam ilmu undang-undang sivil dan syariah. Apa yang saya tulis merupakan penjelasan daripada para ustaz dan ustazah. Kalau nak lebih faham dan jelas, pergilah ke majlis ilmu. Bertanyalah kepada mereka yang berilmu. Berdampingan dengan para ulama’. Bersangka baiklah sesama kita.


   Fikir dulu sebelum tweet atau post di laman sosial. Biar kita tak belajar sekolah agama, biar orang kata kita jahat tapi paling kurang kita tak hina atau perli agama sendiri. Kalau dah kurang kefahaman, jangan pertikaikan setiap perkara. Sepatutnya kita selidik dulu. Biar mereka beri penjelasan dulu.


   Saya kecewa sangat bila baca tweet di twitter. Mereka kata video tak boleh jadi bukti sebab itu benda besi. Saya faham yang mereka cuba memerli agama sendiri tanpa mereka sedari. Jangan terlalu taksub dengan kejumudan kepartian sampai pegangan akidah sendiri tergugat.


   Kalau boleh, saya nak kita bersama-sama wujudkan kembali suatu empayar yang pernah wujud pada zaman dahulu, di bumi bertuah ini. Zaman di mana pemerintah dan para ulama’ bersatu mentadbir wilayah. Zaman di mana semua rakyatnya bertaqwa dan beriman kepada tuhan yang maha Esa. Zaman di mana Malaysia kembali menjadi kuasa besar dan mula disegani bukan kerana soal jenayah atau artis tapi kerana kegemilangannya.

Tiada ulasan: