Isnin, 22 April 2013
BB1M dah habis guna
Huh, akhirnya habis juga baucer BB1M sebanyak RM250 hari ni. Tengahari tadi aku ada pergi ke SACC Mall dekat Seksyen 14 di Shah Alam. Aku pergi kedai buku MPH dan guna baucer buku sebanyak RM50.
Sebelum ni, aku dah pergi ke kedai buku Kinokuniya di Suria Mall, KLCC minggu lepas. RM100 aku habiskan untuk buku Sejarah Melayu (edisi English), Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Imam dan Pelik Tapi Benar. Baru semalam sahaja aku pergi ke Popular Book di Sunway, Subang Jaya. RM100 juga aku belanja untuk buku Salina, Odisi Anak Kampar dan Seni Bahasa Badan.
Lega juga sebab dapat semua baucer sebelum tamat tempoh. Sebelum ni rancang nak beli buku akademik tapi satu buku nipis dah cecah RM89. Aku tak biasa beli buku mahal-mahal. Hanya kerana buku tu ditulis oleh professor dan ada pengesahan universiti, harga buku terus melonjak naik? Oh, betapa kedekut dan mahalnya ilmu ni.
Nasib baik ilmu agama mudah didapati jika kita selalu berkunjung ke masjid dan berdampingan dengan ulama'.
Terima kasih Dato' Seri kerana tolong wujudkan baucer buku. Harap-harap selepas ni program BB1M masih lagi berjalan walapun PRU13 dah habis. Ingat, kejujuran dan keikhlasan penting dalam menolong rakyat dalam pembangunan ilmu. Mungkin lepas ni rating jumlah pembaca di Malaysia akan naik sikit sebab semua orang tahu, orang kita sangat malas nak baca buku. Hanya Gempak jadi peneman di katil.
Kenapa bagi baucer bukan wang? Ada juga orang tanya begitu. Sedangkan kerajaan bagi kepercayaan kepada pelajar sekolah dengan duit RM100 di tangan. Sebabnya terpulang atas kerajaan sendiri. Tapi jika baucer tu boleh ditukar menjadi RM250, agak-agak duit ni sampai tak di kaunter kedai buku. Mungkin duit tu akan menjergah di shopping mall, panggung wayang atau bertukar jadi smartphone.
Semester depan aku nak dapat baucer ni lagi. Nanti boleh aku beli banyak buku untuk dijadikan koleksi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan