Parlimen dah bubar hari ini. Semua ahli parlimen dan menteri secara rasmi telah kehilangan mandat kuasa. Ini bermakna PRU-13 akan dijalankan pada bulan ini untuk memilih parti baru untuk mengetuai kerajaan bagi sesi baru.
Pengisytiharan ini telah menamatkan segala desas-desus mengenai tarikh pembubaran. Dulu kecoh nak buat semasa musim haji tapi tak bubar juga. Akhirnya tarikh 3 April 2013 jua dipilih untuk menamatkan tempoh berkerajaan.
Aku akui tak dapat mengundi tahun ni kerana tak cukup umur lagi. Tapi aku tak terkilan sangat sebab aku belum ada pilihan yang betul-betul tepat untuk aku penyokong. Umur aku baru 19 tahun dan masih belum cukup untuk aku menganalisis tentang parti mana yang lebih ikhlas dalam perjuangannya. Ideologi yang didukung dan cara pelaksanaannya perlu dinilai betul-betul untuk kedua-dua belah pihak.
Adakah orang-orang yang akan mengundi akan mengutamakan soal calon atau imej parti yang dibawa? Ada parti yang bagus tapi calon yang dikemukannya sangat tidak wajar sekali dan tiada berjiwa rakyat. Ada juga parti kurang glamour tapi membawa calon yang berkredibiliti dan mempunyai rekod bersih. Jadi yang mana harus patut dipilih?
Bagi aku, parti yang berkualiti semestinya akan memilih calon-calon yang layak dan mudah berdamping dengan semua golongan rakyat. Calon-calon yang bagus pula sudah tentu lebih selesa bersama dengan parti yang menghargai kualiti dan professional sesuatu perkara. Jadi, semua ini terletak pada kita semua untuk memberi mandat kepada siapa.Silap memberi, merana 4-5 tahun.
Jangan cepat terpengaruh dengan berita-berita di televisyen, suratkhabar, radio, internet dan berbagai-bagai risalah. Yang paling bagus sekali kita lihat siapa lawan kita dan siapa kawan kita. Kenalilah kedua-dua pihak untuk menilai prestasi mereka. Contoh paling dekat sekali adalah di tempat sendiri. Adakah mereka betul-betul menunaikan janji atau hanya sembrono sahaja? Apa pula pihak lain tawarkan untuk membangunkan kawasan kita. Aku rasa, tempoh 4-5 tahun ini dah cukup untuk memberi gambaran parti mana yang betul-betul berguna.
Mereka yang betul-betul mengambil tahu mengenai kawasan kejiranan masing-masing pasti sedar siapa betul dan salah.
~ikhlas daripada insan yang bukan biru atau hijau lagi..... cuma di atas persimpangan yang belum matang lagi... dalam usaha mencari jalan lurus dan benar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan