Mengharapkan keadilan dalam hidup? Mahukan layanan sama rata antara satu sama lain? Lupakan itu semua. Adil dan sama rata jarang-jarang berlaku dalam hidup kita. Jangan jadi seperti pungguk rindukan bulan untuk menikmati semata-mata kegembiraan dalam hidup.
Kita tak mampu untuk melakukan apa-apa untuk membawa bayu keindahan dalam dunia ini. Dunia ini bukan milik kita. Dunia ini hanyalah tempat pinjaman sebagai menguji keimanan kita. Kita hanya mampu melakukan perkara yang terdaya oleh kekuatan kita. Harap-harap kekuatan kita lebih kepada kebaikan daripada kemusnahan.
Ada orang bersedih kerana dipulaukan sedangkan dia begitu peramah. Ada orang berduka kerana memperoleh markah rendah walau sudah banyak berusaha. Jangan sedih kerana kita tidak semestinya memperoleh perkara yang kita sudah lakukan.
Bagaimana anda boleh menganggap seekor harimau tidak akan menerkam anda hanya kerana anda tidak akan memakannya??? Layanan baik terhadap harimau kadang-kadang boleh berakhir dengan tragisnya.
Kadang-kadang kita selalu memikirkan hidup seperti ini F=MA
Rupanya kita tertinggal yang satu lagi F-f=MA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan