Seronoknya hari-hari raya
Sempena tahun baru maal hijrah ini, marilah kita bermuhasabah diri kita sendiri. Adakah masa setahun yang kita lalui berbaloi untuk kita jadikan pemangkin ke syurga? Adakah masa setahun itu telah kita bazirkan dengan berbuat maksiat siang malam tanpa ada sedikit sekelumit kekesalan dalam diri untuk kita menyesali? Bertaubatlah jika masa kita telah terbuang begitu sahaja. Insaflah selagi ada ruang masa yang masih ada ini.
Jadi, pada tahun baru ini, marilah kita seledik macam mana kita ingin hidup kita sentiasa berhari raya dalam masa setahun ini. Ada orang kata raya ini hanya dua kali setahun iaitu hari raya aidilfitri dan aidiladha. Kalau begitu marilah kita merenung sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh anas bin malik, berkaitan dengan konsep “hari raya” yang lebih besar. Menurutnya, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:
1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seseorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.
2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan.
3. Hari berjaya melintasi siratul-mustakim
4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka
5. Hari ia menatap wajah ALLAH TA’ALA
Sebenarnya itulah hari raya yang sebenar-benarnya.
Mahukan anda mahu hari raya anda menjadi sedemikian?
“tepuk dada, tanya iman”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan