Sabtu, 25 Disember 2010

Perbezaan antara orang bersyukur dan sebaliknya

              






Perbezaan antara orang bersyukur dan sebaliknya







                                                     

Suatu hari, seorang miskin telah berjumpa dengan Nabi Musa a.s. Dia kelihatan begitu miskin sehinggakan pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., “Wahai Nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang kaya. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyaklah bersyukur kepada Allah SWT.” Si miskin terkejut dan kesal lalu berkata,”Bagaimana aku perlu banyak bersyukur, aku ini jarang-jarang dapat makan, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu helai ini sahaja.”



                                                

Kemudian, datang pula si kaya menghadap Nabi Musa AS. Dia berkata kepada Nabi Musa AS,”Wahai Nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku ini.” Nabi Musa AS tersenyum lalu berkata,”Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT.” Si kaya itu membalas,”Bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah SWT? Allah SWT telah memberiku mata yang dengarnya aku dapat melihat, telinga yang dengannya aku dapat mendengar.”




Kemudian apa yang terjadi kepada si kaya itu? Allah SWT telah menambahkan kekayaannya kerana dia semakin bersyukur. Manakala si miskin menjadi bertambah miskin. Sebenarnya, itulah perbezaan antara orang bersyukur dan tidak dengan rahmat dan nikmat Allah SWT. Jadi, sudahkah anda bersyukur?

Tiada ulasan: