Pernahkah anda mendengar tentang minyak gamat? Saya rasa ya. Sebenarnya apakah itu gamat? Gamat ini kalau hendak tahu merupakan sejenis haiwan laut yang rupanya seakan-akan timun. Dianggarkan terdapat sebanyak 1,100 spesies gamat di dunia. Kalau di Malaysia, terdapat lebih kurang 50 spesies sahaja.
Disebabkan gamat ini mempunyai nilai terapeutik yang baik, maka ianya digunakan secara meluas bukan sahaja dalam bidang perubatan tradisional, malah dalam bidang perubatan moden.
Menurut kajian saintifikdan maklum balas pesakit, terdapat banyak khasiat pada gamat. Antaranya termasuklah boleh menyembuhkan luka, mengurangkan rasa sakit, mengawal simpton asma, meningkatkan fungsi jantung, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar metabolisme sel-sel badan. Selain itu, kajian turut mendapati gamat juga mampu meningkatkan daya tahan badan dan mengurangkan penyakit alahan.
Gamat ini juga mempunyai sifat yang agak unik. Gamat begitu sensitif dengan pencemaran dan akan bertindak secara drastik dengan membunuh diri jika disentuh manusia (mak oi, sensitifnya!!!). satu perkara lagi, gamat masih boleh hidup walaupun badannya dipotong dan akan bercantum semula apabila dicampakkan ke laut ataupun ianya akan menjadi dua ekor gamat (itu namanya mitosis ke klon?). keunikannya ini mungkin ada kaitan dengan khasiatnya yang banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan