AZAM SPM
Pejam celik, pejam celik, rupanya sudah akhir tahun.tahun baru akan sampai tak lama lagi. Kira-kira hampir seminggu lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Ini bermakna, saya akan melangkah daripada tingkatan 4 ke tingkatan 5. Wow, ini satu perubahan besar buat saya. Tak sangka pula masa berlalu dengan sangat cepat. Rasanya baru sahaja berada di tingkatan 1.
pening, pening! apa aku nak jawab ni! bab kata Tom Spider, menyesal dulu aku malas baca!
UPSR dah lama berlalu. PMR pula baru sahaja ambil. Kini giliran SPM pula mengambil tempat. SPM (SIPUT PALA MU, eh bukanlah! SIJIL PEPERIKSAAAN MALAYSIA) merupakan satu ujian penting dan gentir segentir pemain mengambil tendangan di peringkat kalah mati. Dengan adanya SIJIL SPM, kita sudah boleh memohon masuk ke universiti ataupun bekerja ( kalau fail semula gelaplah masa depan). Sebab itulah ada cikgu cakap “ hidupmu tak bahagia seandainya sijil SPMmu ‘tak bahagia’”. Sumpah saya nak belajar bersungguh-sungguh kalau itulah realitinya.
budak ni memang rajin belajarlah! tabik spring aku bagi kat dia. mesti besar nanti boleh pecah rekod dunia. HEHEHE
Maka, di sini, saya akan tuliskan azam saya bersempena SPM, buat ingatan saya andainya saya terleka dengan keasyikkan zaman remaja.
· Tak mahu tidur dalam kelas
· Nak buat buku nota
· Tak mahu ponteng kelas petang
· Janji tak merayau-rayau ketika prep malam
· Tak mahu tidur pada pagi jumaat
· Janji akan pergi kelas hari sabtu
· Janji nak tolong kawan
· Tak mahu dah membazirkan masa
· Akan lebih bersedia untuk kelas
· Janji akan khatam pelajaran paling kurang pada bulan Jun
· Memperbanyak waktu beribadat
· Tak mahu cari awek
· Cuba berbaik-baik dengan cikgu (bukan nak bodek)
· Tak mahu tidur pada waktu petang, sebaliknya akan beriadah
· Minta restu ALLAH supaya memberkati usaha saya, ibu bapa supaya halakan segalanya, cikgu supaya ilmu dihalalkan, dan kawan-kawan supaya tiada lagi sengketa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan