Sabtu, 18 Disember 2010

9 MAKANAN CEGAH PENYAKIT JANTUNG


9 MAKANAN CEGAH PENYAKIT JANTUNG

Penyakit jantung merupakan salah satu ‘pembunuh’ utama pada masa sekarang. Jesteru, ia menimbulkan kebimbangan orang ramai tapi yang haitannya, mereka tidak pula mencegahnya. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati? Sebenarnya langkah mudah untuk menghindari penyakit jantung ialah melalui amalan pemakanan yang sihat. Mereka yang mementingkan kesihatan yang unggul harus bijak memilih makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung kita. Antaranya:



1.       IKAN
Ikan salmon merupakan piihan yang baik. Ianya merupakan sumber asid lemak omega-3 yang dapat melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembentukan darah. Lemak ini boleh membantu untuk mengekalkan paras kolestrol pada kadar yang menyihatkan. Selain salmon, ikan laut yang berminyak seperti ikan tuna, ikan sardin, atau hering harus menjadi hidangan paling kurang dua kali seminggu. Untuk lebih menyihatkan, panggang salmon yang dimakan bersama sayuran.



2.       OAT
Bijiran oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolestrol termasuk kolestrol LDL. Serat yang boleh larut juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikati bijiran oat begitu sahaja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya itu boleh dicampur dengan hirisan buah-buahan segar.



3.       EPAL
Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandungi vitamin dan serat, malah enak dijadikan snek ringan atau menambah hirisan epal dalam masakan. Epal membantu mengurangkan sehingga 50% peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau 12 auns jus epal sahari.



4.       SAYURAN BERDAUN HIJAU
Sayuran berdaun hijau bukan sahaj mengandungi vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila kita meningkat dewasa.



5.       TOMATO
Tomato juga baik untuk kesihatan jantung kerana ia kaya dengan vitamin dan lycopene yang terbukti membantu untuk mengurnagkan risiko penyakit jantung. Hanya tambahan hirisan tomato pada sandwich atau banyakkan sos tomato dalam masakan. Malah, sos tomato yang dimasak dan sos tomato dalam tin atau botol mengandungi lebih banyak lycopene berbanding tomato mentah.



6.       SOYA
Protein soya adalah sumber terbaik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia terbukti dapat membantu mencegah penyakit jantung.


7.       MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun yang kandungan lemak tak tepu sehingga 77% peratus membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolestrol LDL.



8.       BIJIRAN PENUH
Bijiran penuh menyediakan vitamin dan serat yang membuatkan jantung kekal sihat. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijiran penuh.



9.       BADAM
Badam dan jenis kekacang lain mengandungi minyak yang menyihatkan, vitamin E, dan bahan lain yang membantu mengekalkan paras kolestrol. Ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.



Tiada ulasan: