RUMPUT: UBAT MUJARAB PENYAKIT AIDS
Rumput yang dianggap tidak berguna dan beracun rupa-rupanya boleh menjadi ubat kepada penyakit AIDS yang sukar diubati. Setakat ini belum ada vaksin yang dapat membunuh kuman HIV.
Penemuan ini mendorong saintis dan ahli perubatan untuk menjalankan kajian lanjut tentang rumput dan herba yang boleh dijadikan ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Sindrom kurang daya tahan penyakit atau AIDS merupakan penyakit yang sangat digeruni. Mereka yang menghidapi penyakit ini mempunyai tempoh beberapa tahun saja untuk hidup.
Sehingga kini pelbagai kajian telah dibuat untuk mencari penawar penyakit AIDS. Namun, ubat yang mujarab masih belum ditemukan. Yang ada Cuma ialah ubat Azidothymidine atau Zidovudine (AZT) yang boleh memberikan kesan kelegaan sahaja.
Penemuan yang terbaharu mendapati bahawa sejenis rumput yang beracun mempunyai kekuatan lebih 1000 kali ganda daripada AZT untuk mengubati AIDS. Rumput ini mengandungi sejenis protein yang berkeupayaan memusnahkan virus AIDS dan menghalang perkembangan sel-sel tersebut dalam sistem imuniti.
Aku harap selepas ini tiada orang akan makan rumput secara bergotong-royong dengan lembu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan