Selasa, 7 Disember 2010

MENGAPA MEREKA BIJAK???



Mengapa Yahudi bijak??

   Persoalan tersebut sering kali berbunyi dalam kepalaku ini. Mengapa mereka lebih superior daripada bangsa-bangsa lain. Apakah amalan mereka seharian mereka sehinggakan mereka mampu menguasai sebahagian besar dunia ketika ini? Apa rahsia dan kelebihan mereka? Aku sering kali melawat laman web yang memaparkan kelebihan dan rahsia mereka menjadi bijak. Berikut merupakan konklusi aku selepas melakukan beberapa tinjauan di beberapa laman web. insyaAllah kita dapat mengamalkannya dalam kehidupan kita.

   1.  Amalan si ibu ketika mengandung

   Ketika sang ibu mengetahui dirinya berbadan dua, mereka akan menyanyi dan bermain piano. Si bapa pula akan membeli buku matematik dan akan menyelesaikannya bersama-sama. Si ibu berbuat demikian kerana mahu melatih otak beliau agar si anak akan menjadi genius kelak.

   Sejak awal mengandung lagi si ibu akan mengamalkan pemakanan kacang badam dan kurma beserta susu. Makanan utama tengahari si ibu ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Ia menjadi kewajipan untuk si ibu mengambil pil minyak ikan.

   2.  Menu makanan utama

   Mereka amat gemar memakan ikan (biasanya hanya isinya atau fillet) dan tiada hidangan daging di atas meja. Mereka percaya hidangan daging bersama ikan tidak elok untuk dimakan. Selain itu, salad dan kacang adalah satu kemestian, terutamanya badam. Mereka juga akan memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum menjamu hidangan utama. Amalan sedemikian turut disahkan oleh pakar pemakanan yang mengatakan amalan tersebut baik mengikut hukum saintifik.

  3. Tidak merokok

   Mereka tidak merokok kerana menganggapnya sebagai taboo. Ini kerana nikotin dalam rokok akan merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen. ini bermakna perokok akan melahirkan generasi yang cacat akal (dengan kata kasarnya bodoh atau lembap). Ini sangat menghairankan kerana pengeluar rokok utama di dunia ialah……..

  4.  Amalan yang diamalkan pada kanak-kanak

   Makanan awal bagi kanak-kanak mereka ialah buah-buahan bersama kacang badam dan diikuti dengan mengambil pil minyak ikan. Kanak-kanak yahudi sangat pandai kerana sudah dapat menguasai tiga jenis bahasa iaitu Hebrew, Arab, dan Inggeris. Ianya menjadi kemestian untuk kanak-kanak yahudi untuk mempelajari bermain piano dan violin. Menurut para saintis, gegaran otak akan merangsang otak (ianya boleh diumpamakan sebagai senaman kepada otak). Maka tidak hairanlah banyak ahli musik genius datangnya daripada kaum Yahudi.

   Anak-anak Yahudi akan diajar matematik yang berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains diberi penekanan yang serius. Bidang sukan juga diberi perhatian antaranya ialah memanah, menembak dan berlari. Kebaikan sukan-sukan ini ialah dapat melatih otak memfokuskan sesuatu perkara dan mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

 5. Ketika di sekolah

   Di sekolah tinggi, para pelajar amat ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan untuk mencipta produk dan segala jenis projek walaupun ianya kelihatan mengarut dan lucu, namun idea tersebut akan dihantar ke institusi tinggi di politeknik dan universiti.

  Pada tahun akhir universiti, para penuntut dalam bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkan projek tersebut. Mereka hanya akan lulus jika projek mereka mencapai keuntungan sebanyak US$ 1 juta.

6. Cara beribadat

   Salah satu cara mereka beribadat ialah dengan mengoyangkan kepala. Menurut mereka amalan ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan bekalan oksigen di kepala.

...................................................................................................................................................................

  Jadi aku harap lepas kita sebagai umat islam boleh berubah menjadi lebih baik, sebagai memenuhi tuntutan Nabi kita, Rasulullah SAW yang mahukan kegemilangan umat Islam yang menaungi dunia ini sebagai khalifah yang terunggul. Calonnya nanti akan tiba tak lama lagi. Tapi adakah kita akan bersamanya atau menentangnya.

  Wallahualam

Tiada ulasan: