Kekalkan prestasi PC

Menjaga keselamatan PC amatlah penting bagi mengekalkan prestasinya ke tahap maksimum. Kita perlu menjaganya dari segi luaran dan dalaman selain daripada melindunginya dari serangan virus atau malware. Dengan mengikuti beberapa tip mudah, kita dapat meningkatkan prestasi PC dan membenarkan ia beroperasi dengan lebih lama. Dalam hal ini, kita tidak perlukan perisian atau program y ang canggih kerana semuanya sudah tersedia dalam komputer. Soalnya hanya rajin atau sebaliknya yang menentukannya?

1) Beri ruang bernafas
Apa salahnya untuk beri ruang ruang bernafas kepada PC. Maksudnya, peralatan DISK CLEANUP dapat mengosongkan ruang pada cakera keras bagi meningkatkan kecekapan komputer. Ia memberi nasihat sekiranya ianya perlu memadam program lama yang lama tidak digunakan.
( langkah : Start – All Program - Acessories - System Tools - Disk Cleanup )

2) Lakukan pembaikan
Lakukan pemeriksaan dan pembaikan cakera keras menerusi atur cara Error Checking / Scan Disk. Ianya satu kombinasi yang bagus selain daripada Disk Cleanup dan Disk Defragmenter. Error Checking akan mengimbas cakera keras untuk mencari sektor tak baik dan kesilapan sistem fail yang munkin rosak atau berada di tempat salah
( langkah : My Computer - klik kanan cakera keras - Properties - Tools - Error Checking - Check Now - Automatically Fix)
3) Susun cantik-cantik
Pecahan cakera keras akan melambatkan keseluruhan kecekapan sistem komputer. Apabila sesuatu fail dipecah-pecahkan, komputer terpaksa melakukan lebih banyak kerja untuk mencantum fail-fail tersebut. Itu sebabnya kita terpaksa menunggu masa yang lama walaupun hanya untuk membuka satu aplikasi. Jadi, gunakan Disk Defragmenter bagi menyusun fail ini cantik-cantik agar setiap satu fail hanya dibuka pada satu ruang tunggal.
( Start - All Program - Accessories - Systems Tools - Disk Defragmenter )

4) Selamatkan sebelum terlambat
“sediakan payung sebelum hujan” . System Restore akan menyalin dokumen, setting dan keutamaan penting PC. Sekiranya berlaku sesuatu seperti kerosakan dan kehilangan data, ianya boleh mengembalikan komputer ke keadaan akhirsebelum kehilangan itu berlaku.
( Start - All Programs - Accessories - System Tools - Sytem Restore )

5) Kemaskini selalu
Kemaskini perisian sekuriti dan program Windowslah selalu. Kedua-duanya memberi kebaikan dengan membekalkan teknologi dan keperluan terkini untuk komputer. Untuk lebih menyenangkan, setkan ianya kepada mod automatik.
( Start - Control Panel - Security - Windows Update - Install Update/Automatic Update )

6) Berlembutlah
Meskipun keadaan begitu mencemaskan, tetapi berlebutlah apabila memasang pemacu USB, Ethernet, speaker atau peralatan lain pada port komputer. Penyambung ini sangat sensitif dan sebarang kecuaian boleh mengakibatkan kit aperlu menggantinya selalu.

7) Membersih
Rajinkan diri sedikit untuk membersih komputer luar dan dalam daripada habuk atau kekotoran serta gunakan peralatan yang lebih sesuai. Amaln mudah ini akan terus mengekalkan prestasi PC kita ke tahap jitu.
Sememangnya tip-tip yang yang diberikan amat mudah untuk dipraktikkan. Tapi ianya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada mahu melakukannya atau pergi ke kedai sahaja. Tak usahlah bazirkan masa dan duit dengan menghantarnya ke kedai untuk diservis jika kita mampu melakukannya. Rajin-rajinkan diri, jangan bermalas-malas, nanti diri kita yang rugi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan