FAKTA MENARIK
· Seekor burung laut mampu untuk minum air laut kerana ia mempunyai kelenjar khas untuk menapis garam dari air laut
· Seorang budak lelaki yang berusia 7 tahun iaitu Roger Woodward ialah lelaki pertama terselamat apabila terjatuh dari Air Terjun Niagara dengan hanya memakai jaket keselamatan
. 
· Ikan jerung ialah satu-satunya ikan yang boleh mengerdipkan mata di kedua-dua belah matanya.
· Sekeping coklat mampu memberikan tenaga yang diperlukan oleh seseorang manusia untuk berjalan sejauh 150 kaki.
· Seorang penjinak ular dari Bangladesh pernah menjumpai 3,500 ekor ular bersama-sama telurnya tersembunyi di bawah lantai dua buah rumah di luar bandar di negara tersebut.
· Sejenis spesies ikan lumba-lumba yang terdapat di Indus dan Sungai Ganges dilahirkan buta. Ikan Lumba-lumba jenis ini adalah sofistikated sebagai sistem solar dan akan berenang hanya di sebelah bahagian badan mereka sahaja.
· Jatuhan air kecil dari paip tidak ditutup rapat boleh membazirkan sehingga 50 gelen air sehari.

· Bola skuash yang bergerak pada kelajuan 150 kilometer mempunyai impak (kesan) yang sama dengan peluru 22.

· Mengikut kajian yang dijalankan, kanak-kanak yang tidur berdengkur akan menjadi pelajar yangtidak cemerlang di sekolah.

· Kurang satu per empat daripada penduduk dunia ialah mereka yang hanya makan sayuran ( yakni (vegeterian).

· Seekor ibu ayam akan membalik-balikkan telurnya dalam tempoh sehari untuk mengelakkan bahagian kuning telurnya daripada melekat di dalam kerangnya.

· ‘Swordfish’ boleh hidup sehingga ke usia 25 tahun dan beratnya boleh mencecah ke 1,200 paun.

· Sebuah biola sebenarnya mengandungi 70 buah bahagian kayu yang berbeza.

· Lalat rumah hanya boleh mencerna makanan berair.

· Seekor lintah mempunyai 32 kelompok sel otak.

· Jangka hayat bagi setiap bulu mata ialah lebih kurang 150 hari.

· Seekor singa akan makan setiap tiga hingga empat hari sehari.

· Kepala manusia akan kekal berada dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat setelah kepalanya dipancung.

· Jam tangan telah dicipta oleh Peter Henlein dan Nuremberg pada tahun 1510.

· Untuk menghasilkan pencemaran yang sama dihasilkan oleh sebuah kereta berukuran sederhana pada tahun 1960-an, sebanyak 20 buah kereta saiz sederhana diperlukan pada masa sekarang.

· Air liur kelawar drakula telah diketahui digunakan dalam kajian mendalami tentang pembaikpulihan penyakit angin ahmar.

· 70% daripada orang-orang yang miskin di dunia ialah wanita.

· Puratanya tubuh manusia dewasa memerlukan 88 paun oksigen setiap hari.

· Pada tahun 1873, syarikat Colgate telah menghasilkan ubat gigi yang diletakkan di dalam sebuah jar.

· Hollywood telah dijumpai oleh pasangan Harvey dan Daeida Wilcox pada tahun 1888 dan nama tersebut diambil bersempena nama kediaman musim panas mereka di Chicago.

· Oleh sebab darah mempunyai kesan kotor yang bagus,ia pernah dijadikan sebagai cat oleh orang asli Amerika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan