Final exam dah habis. Dua tiga minggu letih berjuang dengan
kertas-kertas soalan yang semakin pelik. Hari ni pula baru habis exam TOEFL
dekat Mid Valley. Terus terang untuk semester ni exam TOEFL paling penting sebab
penentu kelayakan universiti di USA. Tapi sayang malam sebelum exam TOEFL baru
aku tahu format TOEFL. Sebelum ni aku mana ada masuk kelas TOEFL. Bukan
bermakna aku ponteng tapi kelas TOEFL memang betul-betul tak wujud untuk
program A-Level di kolej aku. Hanya budak ADFP belajar TOEFL dan SAT secara
subjek wajib.
Habis jer exam TOEFL, perkara pertama terfikir dalam minda ni adalah aku
patut ulang balik exam ni. Ya, aku rasa aku tak buat dengan sehabis baik exam
TOEFL. Exam TOEFL ni sama komponen dengan IELTS, ada reading, listening, speaking
dan writing. Tapi TOEFL dikira lebih susah daripada IELTS. Yang pertama sebab
kami memang tiada kelas TOEFL. Belajar TOEFL atas inisiatif sendiri.
Faham-fahamlah kalau atas inisiatif sendiri, memang tak belajar sampai esok ada
exam baru terhegeh-hegeh nak belajar. Kolej ada buat seminar untuk TOEFL tapi
tak cukup lengkap sebagai persiapan kami nak ambil exam TOEFL.
Yang kedua pula exam TOEFL ni memang berbeza format dengan IELTS.
Contohnya dalam komponen listening, kau kena dengar lecture pasal academic
course yang boleh buat orang tak faham. Apa tu bird migration? Macam mana
bangunan Opera House diklasifasikan sebagai bangunan seni? Apa peranan darah
dalam badan? Lagi satu komponen speaking kau terhad kepada 45 sampai 60 saat
saja. Kau kena jawab dalam masa kurang daripada range itu. Lagipun masa
preparation hanya ada 15 atau 20 saat.
Yang ketiga aku memang tak bersedia nak ambil TOEFL. Aduh, aku baru jer
habis final exam. Hari Khamis habis exam, hari Ahad ni kena pergi Mid Valley
sebab nak ambil TOEFl pula. Sumpah rasa menyesal sebab tak tukar tarikh TOEFL
pada bulan Disember. Baru ada masa nak buat persediaan. Lagipun bulan depan aku
ada ambil exam SAT, buat kali kedua. Yeah, aku retake SAT sebab result SAT
pertama tak lepas requirement JPA. Jadi untuk SAT kali kedua, terpaksa aku
habiskan duit RM320 semata-mata nak ada harapan terbang ke negara Uncle Sam.
Tapi kebanyakkan universiti di USA pandang SAT sebagai pilihan, bukan
wajib. Diorang letak TOEFL sebagai syarat utama nak masuk sana. SAT tu pandang
sebelah mata. Hehehe, I’m in deep right now. Perasaan aku kuat mengatakan
markah TOEFL aku sangat rendah, kalau lepas requirement JPA rasanya sudah
hampir lega dan bersyukur. JPA nak score 79/120. Tapi universiti aku minta
paling rendah nak 80 sampai 100. Okay, good bye USA. See you there next year if
I have another miracle and magic to do.
Exam TOEFL ke laut, final exam pun ke lat dalam.ada ke patut exam fizik
tak bawa kalkulator. Memang terkalis jari aku nak mengira laju. Tambahan lagi
bila jumpa mass or charge of electron. Okay, I’m out from physics.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan