Isnin, 25 November 2013

Biarkan mereka pergi



   Isu perpindahan pemain dalam arena bola sepak bukan satu isu baru. Pemain boleh pergi sesuka hati ke mana-mana kelab selagi mematuhi syarat dalam kontrak atau diikat perjanjian baru. Isu mereka berpindah bukan satu khianat atau pembelotan pada mana-mana kelab.

   Pemain mempunyai banyak sebab kenapa mereka berpindah. Pertamanya kontrak lama mereka ditebus oleh perjanjian baru. Maknanya ada kelab lain ingin membeli mereka semasa mereka bermain untuk kelab lama. Kalau perjanjian antara kelab lama dan baru berlangsung dengan baik diserta dengan bayaran tebus, maka sahlah pemain tu berhijrah ke kelab baru.

Dua bintang muda ke kelab berstatus tinggi di La Liga, perpindahan yang sangat dinanti-nantikan


   Sebab lain pula kerana nak pendapatan lumayan. Gaji seorang pemain di Malaysia boleh mencecah puluhan, malah ratusan ribu ringgit. Kalau di luar negara, silap hari bulan dah boleh jadi jutawan dalam masa beberapa bulan. Semestinya kelab baru akan menawarkan yuran dan bayaran gaji lebih tinggi untuk memikat perhatian pemain pilihan ke kelab mereka.


Mat Yo, menimbulkan kontroversi ketika isu perpindahan dari Kelantan FA ke JDT


   Prestasi mereka yang cemerlang di kelab lama membuatkan kelab baru ingin menarik pemain itu diserap masuk dalam kelab baru. Prestasi pemain cemerlang memang patut dibayar gaji tinggi. Kalau pemain masih berada di kelab lama dengan gaji lama atau rendah, sepastinya akan menganggu tahap persembahan mereka di atas padang. Mana-mana pekerja atau pemain beranggapan mereka patut dibayar mahal jika prestasi mereka bagus. Kalau baguslah. Kalau tak sesetengah daripada mereka akan hilang minat untuk mempamerkan persembahan berkualiti tinggi kerana tiada imbuhan atau faedah menarik.


Mesut Ozil, dikatakan berpindah dari Real Madrid ke Arsenal untuk meningkatkan kemahiran daripada Arsene Wengel


   Mereka ingin juga berpindah sebab ingin meningkatkan tahap permainan ke arah lebih baik. Mereka mahu bakat dan kemahiran yang ada pada mereka diasah dengan betul-betul. Berada di kelab lama tak dapat membantu mereka berkembang dengan lebih baik. Mereka mencapai apa yang jurulatih atau pengurus mereka lakukan. Kalau inginkan prestasi mereka bertambah baru, mereka perlu mencari jurulatih atau pengurus baru, bermakna mereka perlu berpindah.

   Pelajar yang berpindah ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau MRSM sepastinya dapat mengembangkan prestasi dengan lebih tinggi berbanding dengan terus menetap di sekolah lama. Mereka perlukan jurulatih baru untuk meneroka kemahiran baru atau mengembangkan skill yang sudah ada. Dengan ini mereka dapat membandingkan tahap prestasi sebelum dan selepas perpindahan.

   Mood pemain kadang-kadang juga menuntut mereka untuk menyertai aktiviti dalam musim perpindahan. Mungkin mereka tidak berasa selesa dengan kelab lama atau sudah lama menyimpan impian untuk berada di kelab yang mereka minat. Situasi atmosfera dalam sesebuah kelab sukan mempengaruhi mood dan emosi mereka, sama ada ingin terus berada di sana atau mengikut kehendak hati untuk berpindah. Mereka perlukan situasi yang tenang dan sepadan dengan apa yang mereka perlukan.


Hero Manchester United, traitor Arsenal


   Ada pemain tamak untuk mengejar gaji lumayan. Ada pemain terpaksa berpindah kerana sudah mengikat kontrak baru setelah ditebus dengan perjanjian baru. Tak patut pemain yang berhasrat untuk berpindah dilabel pengkhianat atau traitor. Pemain takkan dapat berpindah kecuali dengan kerjasama antara pemain dengan pengurus kelab. Mereka menentukan nasib pemain untuk terus kekal atau melabuhkan diri di kelab lain.

   Pemain yang berpindah kelab bukanlah satu perkara serius kecualilah jika kelab lama kehilangan pemain star. Di sini penyokong lebih kecewa dan marah berbanding dengan pihak pengurusan kelab lama. Tapi pemain yang berpindah status warganegara untuk bermain dengan negara lain, yang tu memang patut dikatakan traitor. Berpindah kelab okay, berpindah status warganegara itu teruk.


Too many clubs in one picture



   Isu setia atau loyalti tak perlu dimain dengan terlalu serius. Mereka berpindah bukan sebab sudah hilang kepercayaan atau kesetiaan pada kelab lama, mereka Cuma ingin lebih berkembang pada tahap maksima. Ada pemain percaya mereka perlu berpindah untuk terus meningkatkan prestasi pada tahap lebih cemerlang. Ada juga yang percaya ingin terus kekal dengan kelab lama untuk mengekalkan prestasi mereka.


Lionel Messi, masih kekal setia di Barcelona dan menjadi pemain terbaik dunia


Tiada ulasan: