Aku tak pernah tahu
setiap bulan ada nama manja tersendiri. Aku baru tahu yang Oktober ni nama
manjanya SKY. Selalu gak aku tengok promosi yang dibuat oleh budak-budak ADFP
tentang program mereka macam kebajikan, derma darah, karnival, dan lain-lain lagi
yang aku tak tahu sebab tak pernah pergi. Haha. Setiap kertas iklan yang
ditampal pada dinding bangunan tertulis “Oktober Sky”.
Apa maksud ‘sky’? Sesuatu
yang baik, berbentuk harapan atau sifat yang boleh sebut sebagai ‘a good
samarithan’? Aku tak pernah pula terfikir nak tahu pasal perkara remeh temeh ni
(betul ke?). yang aku tahu bulan Julai ni dinamakan sempena nama Julius Caesar.
Sekarang ni masuk pula bulan November, ramai budak tweet dengan hashtag (#) “November
Rain”.
November Rain, bunyi
macam orang tu pernah duduk dekat pantai timur semenanjung Malaysia. Tiap-tiap
musim tengkujuh, bermula pada November, segi tiga pantai timur akan dilanda
hujan. Terengganu, Kelantan dan Pahang selalu sangat menjadi mangsa bah besar. Kalau
hujan turun pada bulan November dan Disember, dah tahu sangat banjir akan
turun. Berhari-hari hujan tanpa henti. Yang peliknya cikgu masih rajin buka
sekolah nak beri tuisyen dekat anak murid. Bagus cikgu macam ni, sifat mengajar
sentiasa membara walau budak-budak dah sejuk mengeletar.
![]() |
| Adakah November Rain ini merupakan sebuah lagu berpuisikan kesedihan? |
Apa signifikan
November Rain? Aku selalu baca tweet (bukan stalk, dah ada dekat timeline aku)
budak-budak wish pada November Rain. Aku tak faham apa erti November Rain pada
diorang. Mungkin pada bulan November diorang dah start couple sampai panggil
pakwe sebagai Mr. November. Sweet?
Aku rasa November
kali ni memang “rain” habis. Minggu depan ada final exam untuk semester ketiga
ni. Habis jer final, kena ambil exam TOEFL pula. Lepas tu, bulan Disember ni
ada retake untuk SAT pula. Banyak masa, tenaga dan DUIT habis untuk situ. Memang
“rain” gila aku kali ni. Semester ni layak dipanggil “rain”, bukan khusus untuk
November.
Aku anggap “rain”
ni sebagai tanda kesedihan, kepenatan dan penyesalan. Mungkin November Rain
sebagai simbol kesedihan. Tapi “rain” (hujan) boleh juga dianggap musim rahmat.
Hujan tu kan rahmat. Hujan turun untuk lembapkan tanah, suburkan tanah untuk
tanaman, beri bekalan air bersih lagi suci untuk penduduk alam. Hujan juga ni
merupakan masa rehat. Bila hujan, orang akan mengantuk cepat dan terus tidur. Bangun
jer rasa terus segar.
Bagi korang, apa
maksud November Rain? Tapi aku memang takkan wish November Rain atau Disember
________ (maaf, aku tak tahu lagi tagline untuk bulan ni) dekat twitter dan
Facebook. Rasa macam gila dan paranoid ucap benda yang sia-sia. Macam budak-budak
yang suka ucap, “Dear exam, please be nice to me”. Rasa cam sakit jiwa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan