![]() |
| Nine Muses |
Kita ada
kebebasan untuk memilih genre muzik. Pilih saja muzik selagi tak bawa perubahan
negatif pada diri yang boleh menganggu orang lain. Sekarang ni dah banyak genre
muzik bercambah. Kadang-kadang ada yang suka follow artis atau group band.
Dekat sini aku
nak cerita pasal K-Pop. Sebenarnya aku tak layan sangat apa-apa dari K-Pop.
Running Man pun aku tak tengok satu episod full. Lawak memang lawak tapi memang
bukan selera aku. Biasanya budak yang layan K-Pop ramai kena bash atau kutuk.
Apa yang membezakan budak K-Pop dengan budak-budak lain?
Kawan aku ada
gak yang layan K-Pop. Dengar lagu, tengok drama, tarian, semuanya berkaitan
dengan Korea Selatan. Apa-apa pun bidang hiburan dekat Korea memang hebat sebab
mampu tarik peminat dari serata dunia (kau ada tak macam ni AF?). berbalik pada
kawan aku yang layan Korea, dia tak ada pula kena bash. Kalau orang terserempak
pun tak ada nak mention, “Dia ni minat K-Pop.” Padahal dalam phonenya bersepah
lagu, gambar, dan video pasal K-Pop.
Apasal dia tak
kenal bash? Haha, come on la. K-Pop bukan perkara yang buruk. Orang yang layan
K-Pop buat industri K-Pop macam cacat. Setakat ni aku kena kawan minat K-Pop
tapi masih steady tak kena kutuk sebab mereka tak berubah apa yang diorang
minat. Macam tukar gambar profile jadi Yoon Eun Hye ke atau tukar nama dalam
FB/Twitter dalam bahasa Korea. Sumpah dowh rasa menyampah nak baca nama kawan
dalam bahasa Korea. Diorang masih lagi berperangai Melayu (er, ni bukan
rasict).
![]() |
| Yoon Eun Hye |
Apa yang aku
tengok dalam FB budak-budak yang kena kutuk sebab mereka terlalu taksub.
Diorang minat tanpa ada garis sempadan. Mekap tebal sampai muka jadi putih.
Cakap sikit ada bunyi Korea (suara mendesik garau manja-manja). Baju dan stail
rambut pun dah tiru artis K-Pop. Senang kata mereka berubah untuk meniru jadi
macam artis K-Pop tapi serius, diorang memang fail. Nama IC Melayu, tapi kawan
panggil ada bunyi Lee, Ryu, Moon. Apa kejadahnya.
Orang boleh
hormat kau minat muzik apa-apa pun. Kalau layan group macam Avenged Sevenfold
atau System Of a Down itu masih lagi okay (layan lagu diorang memang okay dan
best). Setakat ni takde lagi sesiapa nak sembelih ayam masa dengar lagu diorang
ni. Kepala jer buat head banging tapi otak tengah baca biologi. Tapi sekali
muzik tu buat kau berubah jadi orang sombong dan retis, kau dah hilang respect
dan tak patut kena respect.
Muzik tu seni
yang di mana mesej dan melodi boleh difahami. Muzik mungkin boleh mengubah
hidup kita jadi orang yang bermakna dan mengerti apa yang berlaku di sekeliling
kita. Muzik buat kita insaf, sensitif dan perasan tentang perkara lain. Tapi
muzik tak sepatutnya buat kau jadi pak turut. Muzik tak patut buat korang jadi
artis klon. Muzik bukan pada fanatik tapi lebih pada memahami dan ketenangan
jiwa.
![]() |
| Three Days Grace |
Kalau orang
macam ni layan lagu metal ke rock ke atau apa-apa genre masih tetap kena bash
sebab diorang takde pendirian.diorang ikut trend semasa. Satu hari nanti bila
industri K-Pop jatuh dan diganti dengan T-Pop (contoh, bukan betul-betul),
diorang akan tinggalkan K-Pop dan ikut T-Pop pula. Senang cerita, layan muzik
buat kita mengisi kekosongan jiwa bukannya merosakkan imej diri.
Jiwa biarlah
pada K-Pop, J-Pop, M-Pop (Malaysian Pop), dead metal tapi imej dan pendirian
masih lagi pada asal usul.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan