Apa beza rokok
haram dengan rokok halal? Tiada beza. Kedua-duanya sama bahaya dan boleh
mengundang maut. Tiap-tiap sesuatu yang berbahaya dan memudaratkan adalah haram
sebab boleh mendatangkan masalah kepada kita. Status haram atau halal hanya
dilihat pada cara kemasukannya di Malaysia.
Walaupun rokok
tu datang secara seludup atau dijual secara sah, kandungan dalam rokok tetap
tidak berubah. Maknanya isi dalam rokok itu membunuh walaupun rokok itu seludup
atau sah dijual. Bezanya Cuma ada cukai atau tidak. Asap rokok tetap boleh
membunuh orang di sekeliling.
Rokok tu
pembunuh senyap sebab kesannya boleh dilihat dalam masa lima atau 10 tahun
lagi. sebab tu ramai orang tak kisah kalau hisap rokok berkotak-kotak. Orang
yang menghisap rokok tak dapat menghalang daripada sifat ketagihan. Ini
bermakna rokok tu macam sifat buruk tak dapat dikikis walau kita cuba berhenti.
Perkara yang
paling bagus adalah tak pernah merokok. Kalau dah terlanjur menjadi penghisap
tegar, cuba berhenti perlahan-lahan. Cuba cari alternatif lain. Rasanya ada
klinik yang menyediakan perkhidmatan untuk seseorang berhenti rokok. Kalau
sayangkan umur yang masih panjang, sayangkan orang terdekat, berhentilah
merokok. Boikotlah rokok haram…. Dan rokok halal.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan