Ada banyak
perkara dalam dunia yang kita langsung tak tahu. Apa yang kita tahu adalah
perkara berkaitan dengan diri kita dan orang terdekat. Di kedai terjual
suratkhabar dan majalah untuk mengetahui berita yang berlaku pada masyarakat
tempatan. Dengan kelebihan teknologi sekarang, kita memiliki internet untuk
mendapatkan maklumat dari serata dunia dengan pantas.

Senang kata
maklumat di hujung jari. Tapi masih ada perkara yang dirahsiakan, disembunyikan
jauh daripada kita. Suatu maklumat yang sangat bahaya bukan kerana maklumat
cara-cara membuat nuklear tapi disebabkan mengandungi kebenaran yang tak dapat
diterima oleh orang ramai. Cuba bayangkan zaman sebelum orang Kelantan naik
Firefly pergi ke Subang untuk tengok bola sepak di Shah Alam, sudah wujud era
penerbangan pada zaman sebelum masihi. Sama ada perkara ni suatu tahyul atau
kebenaran, orang kita lebih-lebih lagi masyarakat bumi tak dapat menerima fakta
seperti ini.

Sebab apa mereka
tak dapat terima kenyataan macam ni? Susah ke nak terima yang kemungkinan zaman
dulu telah memiliki senjata perang bertaraf nuklear atau laser? Bukti tak
cukup? Macam mana nanti kalau ada kajian yang boleh membuktikan perkara
mustahil sebegini dengan penerangan lengkap merangkumi bidang arkeologi, sains
dan sosiabudaya. Yang pasti orang kita pasti akan menolak mentah-mentah
kenyataan mengarut dan tak berpijak pada bumi walaupun diberi bukti kukuh.
Cuba fikir,
siapa mahu percaya sudah ada orang berjaya mencipta perkara moden malah lebih
maju daripada zaman millenium sekarang ni. Aku pun pasti akan meragu juga pada
permulaannya. Di sini logik akal memberitahu bahawa perkara mustahil macam ni
tak boleh berlaku. Logik menyatakan zaman moden sekarang ni lebih maju dan baik
daripada zaman kuno di mana pak kaduk masih berkajang kain. Logik juga
membuatkan kita ego dan obses dengan kemodenan zaman sekarang.
Bolehkah logik
mengatakan bahawa selepas 2,000 tahun masihi dicampur dengan ribuan tahun
merangkumi zaman Paleolitik, Mesolitik, dan Neolitik yang di mana boleh
mencecah ratusan atau jutaan tahun baharulah manusia boleh moden? Maknanya kita
menempuh zaman-zaman tersebut dengan kebodohan dan tak tahu apa-apa sehinggalah
kita tiba zaman perindustrian British, baharulah kita boleh maju. Sedangkan dalam
masa lebih 1,000 tahun terkebelakang bermula dari zaman kebangkitan kilang
tumbuh macam cendawan selepas hujan, baharulah kita mencapai kemajuan.

Sedangkan sifat
semula jadi otak kita berkembang dan peka dengan keadaan sekeliling. Adakah ini
bermaksud otak kita tidak berkembang dalam masa lebih ratusan ribuan tahun? Akal
kita langsung tidak digunakan selama itu, logik ke? Sebenarnya kita malu untuk
mengakui yang ada sesetengah zaman lebih maju daripada sekarang ni. Contohnya piramid.
Sudah ada pengkaji tahu ke macam mana nak buat piramid. Macam mana binaan
piramid boleh bertahan dari zaman berzaman sedangkan bangunan moden sekarang ni
boleh runtuh dalam masa beberapa ratus tahun sebabkan ada struktur dah mula
berkarat.

Sekarang ni kita
masih tak tahu tentang kenyataan di atas sama ada benar atau tidak. Kalau betul
apa yang diutarakan, mahukah ada sesiapa yang ingin percaya atau masih
terperangkap dengan ego? Jangan hanya bergantung pada logik. Kalau kita terus
berfikir pada logik, sepatutnya kita masih menetap dalam gua. Ala, ikut logik
la sebab orang nomad dulu-dulu pun hidup dalam gua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan