Di akhir cerita
tukul Thor bertukar menjadi cangkul. Manakala Thor pula menjadi seorang manusia
biasa di bumi untuk meneruskan hidup bersama aweknya, Jane Foster. Aik, betul
ke? Hehe, gurau jer. Yang tu ending tak betul, tipu je. Yang sebetulnya tukul Thor
masih ‘sihat’ dan boleh terbang dengan laju ke mana-mana saja.
Cerita bermula
dengan kisah lagenda di mana dunia berada dalam kegelapan dalam pemerintahan
Dark Elf. Malekith sebagai ketua Dark Elf telah mencipta kuasa kegelapan baru
iaitu Aethar untuk menghalang kemaraan tentera Asgard pimpinan Odin, datuk
Thor. Sayangnya Malekith tak sempat guna kuasa Aethar kerana berjaya dirampas
oleh Odin. Malekith bersama geng lain melarikan diri dengan janji akan
meneruskan perang ni pada masa depan. Kuasa kegelapan Aethar sangat kuat
menyebabkan Odin mengambil keputusan untuk mengurungnya di suatu tempat rahsia.
![]() |
| Tentera Dark ELf |
Loki telah
dikurung dalam penjara bawah tanah atas perbuatannya di bumi. Thor pula
berusaha mengembalikan kedamaian sembilan alam yang berlaku kekacauan atas
sebab rancangan Loki. Thor hampir berjaya memulihkan balik suasana sembilan
alam seperti sedia kala tapi dia masih bersedih kerana berjauhan dengan
aweknya, Jane Foster.
Sementara di
bumi, Jane dan Daisy beserta pelatihnya, Ian telah menemui satu bacaan aneh di
suatu tempat terbiar dekat London. Tarikan graviti di situ berubah dan seperti
wujud ruang portal di kawasan situ. Jane menjelajah tempat tu dan tanpa sedar
dia dibawa oleh portal ke tempat di mana Aethar dikurung. Jane telah dirasuk oleh
kuasa kegelapan Aethar dan telah menghilangkan diri selama lima jam.
Thor yang masih
bersedih cuba bertanyakan penjaga gerbang tentang keadaan Jane di bumi. Penjaga
yang mampu melihat sembilan alam dan trillion roh di semesta tu memberitahu
yang dia tak dapat mengesan Jane di bumi. Thor yang menyedari perkara buruk
telah berlaku segera ke bumi. Manakala Jane telah sedar daripada kerasukan dan
kembali ke tempat itu. Dia terkejut bila diberitahu dia telah hilang hampir
enam jam. Pihal polis cuba menahan Jane dan Daisy atas alasan menceroboh
kawasan larangan.
Tapi kuasa
Aethar bertindak ganas dengan menghalang polis menyebabkan mereka tercampak
jauh. Thor menyedari perubahan diri atas Jane cuba membawa dia ke Asgard untuk
diubati. Rupa-rupanya Jane telah dirasuki/dijangkiti kuasa kegelapan Aethar dan
tiada cara lain selain menjaganya dengan ketat.
Manakala Dark
Elf baru saja tersedar daripada tidur panjang telah menyedari kuasa Aethar
berada di Asgard. Malekith mengambil keputusan untuk menyerang Asgard kekuatan
kapal terbangnya yang invisible. Asgard gagal menangkis serangan Malekith yang
datang tiba-tiba menyebabkan perisai perlindungan Asgard berjaya dipecahkan.
Malekith gagal membawa pulang Jane kerana cedera teruk dan mengundur diri untuk
melakukan satu lagi serangan. Dalam serangan tu permaisuri Asgard iaitu ibu
Thor mati.
Thor tidak
setuju dengan terus menahan Jane di Asgard. Thor tahu Asgard sudah tidak mampu
menahan serangan daripada Dark Elf lagi. maka dia merancang satu komplot untuk
melarikan Jane ke tempat Malekith untuk membebaskan Aethar daripada Jane dengan
bantuan Loki. Maliket yang menyedari kedatangan Aethar telah mendapatkan Jane
di tempat mereka. Kuasa Aethar berjaya dilepaskan daripada Jane tetapi Thor
gagal menghapuskan Aethar yang telah menyerap masuk dalam badan Malekith.

Thor cuba
melawan Malekith tapi gagal. Akhirnya Loki mati ketika berusaha menyelamatkan
Thor. Thor dan Jane terkandas di dunia kegelapan itu. Secara tidak sengaja
mereka terjumpa satu portal di dalam rekahan bukit yang menghubungkan portal
yang berada di London. Mereka pun bergegas mendapatkan Daisy dan Prof Eric.
Eric mengatakan tidak lama lagi proses pensejajaran akan berlaku di mana semua
dunia akan berhubung antara satu sama lain.
Mereka pergi ke
perpustakaan London di mana dipercayai tempat akan berlaku proses pensejajaran
dan portal antara dunia akan berlaku. Mereka perlu mencacak beberapa peralatan
untuk menghalang proses pensejajaran berlaku sebelum Malekith datang melalui
protal untuk menghancurkan semua dunia yang berhubungan dengan bumi pada masa
tu.
Malangnya Malekith
telah muncul dan bersedia untuk membalas dendam bagi kebangkitan kuasa
kegelapan. Thor cuba menghalang dengan melawan tentera Malekith. Thor yang
berseorangan akhirnya berjaya menewaskan Malekith dan membawanya pulang ke
tempat Dark Elf. Semua dunia yang terhubung di bumi dapat melihat kekuatan Thor
melawan Malekith.
Thor pulang
semula ke Asgard dan meninggalkan Jane kerana dia sedar dirinya tak dapat hidup
bersama dengan manusia yang pendek usianya. Raja Asgard ingin melantik Thor
sebagai raja baru. Sebaliknya Thor langsung tak berminat dengan takhta dan
hanya ingin membantu sembilan alam mencapai keamanan.
Pada akhir
cerita, terdapat satu kejutan di mana Loki hidup semula dan duduk bertakhta di
kerusi raja Asgard.
Rating filem: 3 bintang
Ulasan:
Filem Thor kalau
ikutkan hanya sekadar filem biasa keluaran Marvel. Tiada yang istimewa atau di
luar kejutan. Malah cara penceritaan seperti Iron Man 3 di mana penuh dengan
elemen lawak. Iya, nanti boleh tengok Loki bertukar menjadi Kapten Amerika
dalam filem ni.
Pada permulaan
filem nampak best dan menarik. Cuma bila Thor larikan Jane bersama Loki pergi
ke dunia Dark Elf, peringkat klimaks rasa dah mula bergoyah. Padahal ketika tu
Malekith mampu membunuh Thor dengan kuasa Aethar tapi dibiarkan hanya
pengikutnya yang pergi membunuh Thor dan Loki. Satu lagi kuasa Aethar tak
digambarkan suatu senjata yang cukup kuat. Apa yang boleh kita lihat sekadar
perubahan sedikit fizikal pada Malekith yang beraura kegelapan Aethar.
Sedangkan semasa
Malekith melawan Thor di bumi, kuasa Aethar nampak lemah. Kiranya kelebihan
kuasa Aethar yang sangat digeruni tidak ditonjolkan dengan lebih mendalam. Hal ni
membuatkan kuasa Aethar nampak lembik dan lemah.
Pertarungan di
bumi hanya melibatkan Thor dan Malekith beserta tentera. Ia akan nampak lebih
aksi dan klise jika disertakan tentera Asgard yang banyak peralatan canggih. Dalam
filem ni ditunjukkan pasukan tentera bumi cuba melawan kapal angkasa Malekih
tapi gagal kerana peluru berpandu mereka disedut masuk oleh portal dunia lain.
Senang cerita,
filem ni macam santai, umpama Thor pergi makan angin. Elemen serius macam tiada
feel. Lagipun payah nak buat filem terbaik daripada tema superhero kerana
terikat dengan jalan cerita skeptikal, menang atau kalah. Mungkin pengarah
perlu lebih perah otak untuk fikir macam mana nak buat filem yang luar biasa
daripada filem superhero lain tapi masih lagi nampak hebat pada aksi.
p/s: kalau tengok cerita Thor di pawagam, jangan balik
lepas habis pawagam sebab ada scene tambahan. Padahal scene tu aku tak faham
sebab kurang jelas maksudnya. Nak tahu filem tu betul-betul dah habis, lampu
pawagam akan menyala. Selagi lampu belum menyala, pawagam masih gelap, cerita
masih belum tamat.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan