Ahad, 24 November 2013

Biar mati anak, jangan mati adat




   Apa mesej dalam peribahasa ni? Kalau bunuh anak maknanya aliran adat akan terhenti kerana orang tua akan mati dan tiada anak-anak muda akan menjaga adat lama ni. Maknanya peribahasa dilihat tak logik kerana sanggup membiarkan anak mati asalkan adat masih dipelihara.

   Mari kita tengok maksud anak dan adat. Anak merupakan generasi baru. Adat pula adalah cara hidup. Di sini kita dapat katakan anak bukanlah pemegang adat lama. Anak ialah suara baru, gelombang baru, pemikiran baru. Sifat pembaharuan/pemodenan ni sangat bertembung dengan adat.

   Apabila anak berjumpa dengan adat, akan berlaku satu perubahan yang sangat ketara. Apa yang akan berlaku pada anak? Sama ada anak tu akan mampu hidup di dunia penuh pancaroba, itu adalah cerita lain. Apa yang berlaku pada adat, semestinya suatu perkara yang buruk.

   Adat bertembung dengan arus moden akan menyebabkannya terhakis, dibiarkan dan terpinggir. Adat tak lagi diamalkan. Gaya hidup moden diamalkan. Sampai suatu hari, adat akan berkubur, gaya hidup moden akan mengambil alih peranan adat sebagai cara hidup baru bagi generasi baru, anak.

   Secara tak langsung, anak adalah pemusnah, perosak adat. Ini kerana adat lama takkan mampu bertahan lama dengan landskap kehidupan baru. Adat tinggal di rumah kayu beratapkan rumbia takkan mampu bersaing dengan gaya hidup di apartment mewah. Kehendak dan keperluan anak berbeza dengan adat lama. Jadi, terus terang adat lama akan mati.

   Adat akan mati jua, terkubur, menerima nasib dengan tamadun gemilang seperti Inca, Aztec, Rom, Mesir Purba dan Yunanu. Sehebat mana pun tamadun, ia akan terkubur juga. Sehebat mana pun adat lama berpegang pada pantang larang dengan alam, ia akan hilang juga. Adakah adat yang yang bakal terkubur sesuatu yang serius, teruk atau ancaman besar bagi sesuatu bangsa?

   Anak adalah generasi baru, bermakna anak memerlukan pembaharuan untuk survival, tak kira sama ada secara individu atau dalam komuniti. Setiap pembaharuan dan perubahan adalah untuk beradaptasi dengan keadaan sekeliling. Jadi boleh dikatakan perubahan adat bukanlah sesuatu yang buruk. Ia lebih kepada pembaikian atau modifed untuk terus berjuang dalam hidup.




   Tapi perkara yang buruk adalah kita menukar adat kita dengan adat bangsa lain. Kita tidak merubah atau mencorak pembaharuan dalam adat kita tapi kita tiru adat orang luar. Itu perkara yang sangat tak patut. Adat adalah suatu perkara survival dalam hidup. Adat merupakan manual guide untuk kita terus hidup dan setiap manual guide sesuai untuk satu adat, berbeza dengan adat yang lain. Adat ikan hidup di air takkan sama adat pelanduk hidup di darat. Pelanduk mungkin akan berpindah daripada tanah pamah ke gunung tapi takkan mungkin survive dalam air.

   Kalau sayangkan adat lama atau tak nak adat lama dirobek dengan adat asing (budaya kuning), biarlah anak mati asalkan adat masih terus dipelihara. Ini kerana anak sebagai generasi baru akan menentukan survival bangsa/komuniti dengan merubah adat untuk beradaptasi dengan perubahan alam. Kecualilah jika anak copy paste adat luar dengan sesuka hati, maka survival komuniti berada di hujung tanduk runcing.

Tiada ulasan: