Jumaat, 26 Julai 2013

Ramadhan yang hilang di Malaysia


   Bulan Ramadhan masuk masuk malam ke 17 sekarang ni. Betul-betul pada hari Nuzul Al-Qur'an iaitu turunnya Al-Qur'an yang menjadi cahaya petunjuk bagi orang bertaqwa. Sepatutnya kehangatan Ramadhan dah hampir kemuncak. Maklumlah, raya dah dekat. Hahaha, tanya jer orang Malaysia. Sambut bulan Ramadhan sebab nak raya.

   Peliknya budaya orang kita di Malaysia bila tiba bulan Ramadhan. Asal masuk Ramadhan terus ingatan melayang pada hari raya. Sedangkan bulan Ramadhan sebagai madrasah atau sekolah melatih jiwa dan fizikal sebati dengan penghidupan amalan ibadat. Sebaliknya aktiviti yang kita tengah lakukan dan sibukkan sangat bertentangan dengan apa yang kita percaya dengan keberkatan bulan Ramadhan.

      

1. Bazar Ramadhan

   Bulan lain pasar malam adalah satu aktiviti biasa dan tak menimbulkan masalah banyak. Tapi bila masuk jer bulan Ramadhan, masalah terus bergolak. Isu perebutan tapak dan permainan taktik kotor orang dalaman dah jadi sebati dalam isu bazar. Sepatutnya tak perlu ada masalah macam ni sebab kita nak jual makanan kepada orang yang nak berbuka puasa.

   Lagi satu yang aku tak puas hati, orang yang berniaga di bazar. Makanan sedap dan murah tapi sayangnya tak tutup aurat dengan baik. Jangan ingat mereka yang tak mampu menutup aurat langsung tak menjejaskan makanan kita. Ada juga mereka tak solat Asar sebab buka gerai dari pukul 4.00 pm dah terpacak pasang khemah.

2. Iklan dan program Ramadhan di televisyen

   Satu-satunya iklan berunsur Ramadhan yang boleh dijumpai di media massa kita adalah promosi baju raya. Tak lupa juga pada rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan. Semuanya bersifat mencari keuntungan jualan sempena bulan Ramadhan.

   Apa salahnya ada penerbit cuba menghidupkan Ramadhan dengan iklan atau program bermanfaat. Contohnya mengajak masyarakat baca Al-Qur'an secara bertadarus, rajin beriktiqaf di masjid, bayar zakat, dan rajin bersedekah. Buat iklan pendek pun dah okey asalkan mesej sampai. Cerita-cerita masa Ramadhan selalunya bersikap simpati pada penonton dengan elemen kesedihan yang skeptikal. Bab cerita ni aku tak pandai sangat nak sumbang idea.



3. Pasaraya dan promosi

   Asal raya buat jualan mega. Jual baju raya ada diskaun sampai 70%. Padahal aku tengok harga dah semakin mahal. Aku khuatir baju tu dari stok lama atau baru. Aku tak kisah sangat asalkan masih berkualiti. Cuma kalau stok lama tu kena jual murah sikit.

4. Harga barang keperluan

   Harga ayam naik. Harga ikan naik. Harga rokok naik (nasib baik bukan keperluan aku). Kenapa nak jual mahal sangat masa bulan Ramadhan? Sepatutnya kita kena jadi lebih pemurah sebab nak dapat pahala yang berlipat kali ganda. Aku tengok semua ayam habis licin masa bulan puasa kalau banding dengan bulan lain-lain. Jangan jadi cekik darah dan pentingkan keuntungan. Bulan Ramadhan ni kita kena bersikap prihatin pada saudara tak bergaji tinggi yang kena tampung keluarga besar.

5. Jalan raya

   Memang bila raya, semua jenis jalan jadi sibuk. Kemalangan pun semakin meningkat risiko. Jadi korang yang ada kereta kena servis kereta elok-elok. Lagi satu jangan bawa laju sangat, nanti kena saman. Tak dapat den nak dapat duit raya nanti.

...............................

   Ada banyak benda lagi aku nak tulis, tapi rasa biar sampai nombor lima jerlah. Kalau aku rajin, aku sambung balik. Bimbang juga dalam masa aku kutuk orang lain, rupa-rupanya diri aku ni lebih teruk lagi.