Dulu, ada seorang pendekar disuruh
bertapa selama sebulan di atas gunung. Tujuannya untuk mengumpul kekuatan
fizikal dan mental. Gurunya mengatakan jika kau berjaya mengharungi berpuasa
selama sebulan, mengasingkan diri daripada kesibukan masyarakat, dan melawan
godaan makhluk halus di situ, dia akan menjadi kebal.
Maka dia pun bertapa selama
sebulan. Tak lama kemudian, dia berjaya menghabiskan tempoh ujian tersebut.
Orang kampung bersorak dengan kejayaannya itu dan mengadakan kenduri. Malangnya
kenduri tu dipenuhi maksiat. Pendekat tu pun lara dan leka dengan tonggokan
ketum sehingga lupa ajaran masa dia bertapa di atas gunung.
Kebal diharapkan, rupanya lembik.
Apabila kampungnya diserang musuh secara tiba-tiba, pendekar tu tak dapat
menyelamatkan kampungnya walaupun kebal. Ilmu kesaktiannya hilang dek lupa
ketika bersuka ria. Kini segala penat lelah dia bertapa selama sebulan tak
berbaloi malah dirinya semakin lemah.
Dia menyesal kerana ikut menyertai
dalam keramaian kenduri itu. Dia sepatutnya sedar ujian pertapaan itu bukan
untuk menguatkannya kebal semata-mata tapi menguatkan dirinya daripada menjauhi
maksiat dan dosa. Bila diri kita jauh daripada maksiat dan dosa, secara tak
langsung, mental kita telah menjadi kebal.
Persoalannya mengapa berpuasa di
bulan Ramadhan tak mampu untuk memperkuatkan diri kita menjauhi amalan keji di
bulan-bulan? Jika ada seseorang mengumpat ketika berpuasa, terus saja ada orang
pintas dan cakap, ‘tak baik mengumpat, bulan Ramadhan.” Adakah ni bermakna
bulan-bulan lain boleh mengumpat? Cetek sekali pemahaman kita terhadap
Ramadhan.
Seperti apa yang diceritakan tadi,
pendekar itu menjadi kebal kerana menjauhi nafsu makan dan batin. Malah dia
menjauhkan diri daripada kebisingan masyarakat untuk mendekatkan diri terhadap
pencipta. Dia juga perlu melawan ujian gentir di sana seperti berdepan dengan
binatang liar dan berbisa.
Walaupun dia berjaya dalam bertapa
namun dia gagal memanfaatkan kelebihan selepas bertapa. Akhirnya dia kecundang
dalam majlis keraian yang penuh maksiat. Dirinya yang sudah kebal fizikal dan
mental sepatutnya mampu menolak pelawaan majlis tu dan menyuruh mereka
memberhentikan keraian tu.
Secara tak langsung, bulan
Ramadhan sebagai ujian atau penilai diri untuk memperkuatkan benteng keteguhan
diri daripada segi fizikal dan mental. Kita berpuasa makan untuk mendapatkan
kesihatan badan yang lebih baik. Kita juga berpuasa batin untuk tidak selalu
menurut kehendak nafsu dan mampu bersabar dalam tempoh dugaan.
Kalau orang yang menyambut hari
jadi dibuat persiapan kek dan hadiah. Macam mana pula persiapan ketika
Ramadhan? Tepuk dada, tanya iman. Rajin-rajin mengunjungi masjid ketika
Ramadhan agar hati ni lembut nak menjejaki kaki ke masjid pada bulan-bulan lain
pula.
1 ulasan:
Yup
Catat Ulasan