Rabu, 31 Julai 2013

Pegang-pegang

    Haiwan yang haram dipegang dan dijadikan sebagai peliharaan adalah anjing dan babi serta keturunannya daripadanya. Kalau dah terpegang, wajib kena bersihkan dengan tujuh kali basuhan dengan salah satu basuhan bercampur air tanah. Kalau tak sucikan, berdosa sebab haiwan tu adalah najis berat.

   Manakala memegang tangan awek masa berpimping tangan di bazar Ramadhan adalah haram dan berdosa. Sayangnya dosa tu tak dapat dibersihkan dengan samak walaupun bercampur dengan air tanah gunung berapi. Nak bersihkan balik, kena bertaubat dan mohon ampun untuk bersihkan balik titik hitam dalam hati supaya tak lagi buat kesalahan tu.

   Persoalannya yang mana paling berdosa? Pegang tangan awek (semestinya bukan mahram) atau pegang anjing? Masalahnya kalau benda tu dah diharamkan, kenapa nak pegang lagi? Sebaiknya elak untuk elak diri dapat dosa dan fitnah. Walaupun kita ni bukan pelaku maksiat tapi buat perkara yang mencurigakan tiada guna juga.

   Jangan cuba untuk bermain api walaupun tiada niat untuk membakar sesuatu. Sebabnya orang ramai takkan tunggu orang tu bakar bangunan baru tangkap dan belasah. Sebelum bakar bangunan, baru main kejap dengan api, orang dah pergi marah dan ugut bukan-bukan.

   Semua orang tahu binatang haram tak boleh dijadikan binatang peliharaan kecuali jika ada kesulitan seperti masalah orang buta yang perlukan bantuan navigasi sepanjang masa. Hanya anjing yang diberi keistimewaan khusus sebagai anjing pemburuan. Tak pula aku dengar babi pemburuan.

Tiada ulasan: