Tak sangka kita dah
memasuki fasa bulan kemuliaan untuk umat islam iaitu bulan Ramadhan. Baru minggu
lepas aku daftar kolej, Rabu tu dah kena puasa dari terbit fajar sadi’ hingga
terbenam matahari. Bulan Ramadhan semakin lama semakin menghampiri kita. Sayangnya
apabila Ramadhan datang, perkara yang menggembirakan adalah bila nak raya,
bukannya bersungguh mengejar keberkatan Ramadhan.
Semalam aku ada
dengar sedikit ceramah di masjid sebelum tarawih berlangsung. Ustaz tu
membawakan topik yang jarang dibawa oleh ustaz lain. Adakah ibadat yang kita
buat berlandaskan syariat atau sekadar menang adat? Faham tak maksudnya? Lain kata,
kita buat amalan ketika Ramadhan hanya mengikut kebiasaan puasa-puasa lepas dan
masih meninggalkan perkara yang wajib.
Dalam bulan
Ramadhan, orang kita lebih teruja untuk membuat perkara sunat daripada wajib. Sedangkan
perkara wajib perlu didahulukan barulah diikuti perkara sunat. Ustaz tu ada
bagi satu cerita. Seorang bos memanggil seorang pekerja untuk melaksanakan
sepuluh jenis pekerjaan. Pekerja tu perlu membuat kerja itu secara berturutan
yakni dari nombor satu hingga sepuluh.
Petang tu bos tadi
memanggil balik pekerja tu. Dia meminta senarai kerja yang telah dibuat oleh
pekerjanya. Apabila melihat senarai itu, dia terkejut bila melihat pekerja tu
membuat kerja nombor sepuluh. Maka dia memarahi pekerjanya kerana telah mendahulukan
kerja nmbor sepuluh sedangkan dia menyuruhnya melakukan secara berturutan ikut
nombor. Pekerja tu marah balik dengan memberi alasan kerja nombor sepuluh tu
hanya sekali setahun dan perlu didahulukan keutamaannya.
Jadi apa yang kita
faham daripada cerita di atas? Katakan kerja nombor satu sampai lima adalah
perkara wajib manakala nombor enam sampai sepuluh adalah perkara sunat. Kerja kelima
terawal mewakili solat fardu lima waktu yang sangat digalakkan secara
berjemaah. Nombor enam adalah solat sunat tahajjud, nombor tujuh solat sunat
dhuha, nompor lapan, solat sunat rawatib, nombor sembilan adalah solat sunat
witir dan kesepuluh solat sunat tawarih. Malangya kita suka mengerjakan
keutamaan solat secara terbalik. Solat tarawih dikejar tapi solat fardu
ditinggal pula.
Ustaz tu ada
memberi tahu orang kita sanggup menempuh beberapa perkara untuk mengerjakan
solat sunat tawatih di masjid. Mereka sanggup mengharungi kesesakan jalan raya,
kekenyangan perut selepas berbuka, kesibukan bekerja, dan macam-macam
semata-mata nak solat sunat tarawih. Tapi kenapa mereka tak sanggup nak buat
perkara sama ketika azan solat fardu berkumandang? Adakah alasan tarawih sekali
setahun untuk kita meminggirkan solat fardu lain?
Di bulan ramadhan,
senang untuk mencari orang berpuasa dan solat tarawih tapi sangat jarang nak
mencari orang yang solat fardu berjemaah di masjid. Ustaz tu ada bagitahu salah
satu pencarian berharga dalam bulan Ramadhan adalah nikmat taqwa. Malangnya taqwa
tu tak dapat diperoleh jika sekadar puasa dan solat sunat terawih jika kita tak
tahu syarat asas untuk bertaqwa. Tiga syarat untuk mendapatkan ketaqwaan ketika
Ramadhan adalah iman, kesihatan tubuh badan dan ilmu.

Iman tu memberi
kepercayaan dan keyakinan untuk mencari kelebihan bulan Ramadhan, kesihatan
tubuh badan memberi keupayaan untuk kita mengerjakan amal ibadat fardu dan
sunat yang dilipat kali ganda pahalanya dan ilmu untuk memandu kita ke arah
cahaya kebaikan berlandaskan syariar, bukannya adat.
Jadi bila kita nak
buat sesuatu amal ibadat, fikir balik kita buat sekadar ikut adat atau syariat?
Aku bukannya nak suruh korang tak puasa atau tak pergi solat tarawih. Cuma puasa
korang nampak tak berkualiti jika perkara asas dan wajib ditinggalkan sedangkan
perkara bersifat sunat dikejar. Macam Nabi Raja Lawak kata, “Lu pikirlah
sendiri!”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan