Isnin, 29 Julai 2013

Ada motivasi dalam ibadat

                                    

   Ibadat tu sebagai salah satu motivasi kepada kita. Apabila kita rajin beribadat, kita secara tak langsung akan meningkatkan motivasi untuk berbuat baik. Kemungkinan untuk berbuat  jahat akan berkurang. Hari kita lebih segar untuk menambah amalan sunat dan berbuat dengan orang lain.

   Sebaliknya kita jadi malas beribadat, motivasi diri akan menurun. Kita rasa diri tak cukup baik lalu merangsang diri untuk meninggalkan perkara baik dan melakukan perkara buruk. Kita seolah-olah lebih senang nak menjadi “bad guy” hanya kerana percaya diri ini sungguh jahat sebab kurang melakukan amalan fardhu.

   Sebenarnya, perkara itu merupakan pengalaman dalam hidup aku. Contohnya kita bangun awal dan solat Subuh, secara automatiknya kita akan bersemangat nak solat sunat Dhuha dan solat fardhu lain pada awal waktu. Tapi seandainya aku bangun lewat dan tak sempat nak solat Subuh, aku dah jadi malas serta cuai dengan amalan ibadat lain. Apa kejadah nak solat sunat Dhuha kalau solat Subuh pun lewat?

   Sebaiknya jangan kita meninggalkan amalan utama dan terawal dulu. Kalau perkara pertama pun kita dah lalai dan terhegeh-hegeh, macam mana kita nak bersemangat berkobar-kobar untuk buat amalan ibadat lain. Contohnya dalam pasukan bola sepak, team B sudah ketinggalan 2-0 dalam pusingan pertama. Team B harus dapat paling kurang dua gol untuk membuat penyamaan. Di sini tekanan tinggi telah diberi kepada mereka lantas boleh menjejaskan semangat dan motivasi mereka.

   Contoh lagi, dalam subjek physic level asasi, ada tiga ujian dalam kelas sebelum masuk ke final exam. Dalam ujian pertama, Radzi hanya mendapat 45%. Jadi macam mana tanggapan dia untuk ujian kedua dan ketiga? Sudah tentu dia hanya berharap untuk lulus dan menetap target sebanyak 60%. Makan dia sudah kehilangan banyak markah untuk memperoleh kecemerlangan besar dalam final exam nanti. Maka, dia sudah hilang semangat untuk dapat A* (A Star) dan berharap hanya untuk lulus supaya tak kena repeat paper.

                     

   Jadi, adakah kita perlu berputus asa dan patah semangat jika motivasi sudah dilemahkan dengan pencapaian ujian pertama teruk, dibelasah 2-0 masa first half, atau terlewat untuk solat Subuh? Tidak, kita masih ada peluang. Selagi ada nyawa bernafas, selagi kudrat boleh mengerah, selagi itulah peluang masih ada. Cuma kita kena berusaha lebih kuat dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan lalu.

   Yang perlu kita sedar mula-mula adalah kesalahan atau kelemahan dalam diri kita. Tanya hati, kenapa aku jadi begini? Cari sebab dan punca kenapa aku bangun lewat, kenapa aku gagal skor dalam ujian? Apa yang aku terlupa? Kita kena ingat perkara pertama yang perlu dilakukan selepas terjatuh adalah bangkit kembali.

   Berterusan menangisi diri dan enggan bangun selepas jatuh adalah satu perkara kebodohan. Allah SWT bagi ujian kepada hambaNya setimpa atas kemampuan kita. Jadi, kita sebenarnya mampu mengharungi setiap ujian yang diberi kerana setimpa atas kemampuan kita. Apa lagi yang kita mahu kalau tak mahu melepasi ujian itu?

                      


   Jadi, jangan percaya pada bisikan jahat syaitan yang cuba meracuni. Mereka ingin melemahkan semangat kita dalam menjalani ujian. Kita perlukan kekentalan semangat dan berani menentang mereka untuk memperkukuhkan jiwa untuk sentiasa dalam jalan kebenaran. Kuatkan semangat bahawa jalan syaitan adalah jalan ke neraka dan jalan Allah SWT adalah jalan lurus ke syurga.

Tiada ulasan: