Jumaat, 19 Julai 2013
Rindukan tazkirah
dalam bulan Ramadhan ni, ada satu aktiviti yang banyak menyedarkan tentang hakikat dalam hidup. Antaranya adalah tazkirah. Biasanya pada hari lain, aku jarang sangat nak pergi dengar tazkirah. Paling kurang aku dengar khutbah jumaat setiap minggu. Tapi kurang berbaloi sebab ramai orang tidur dan tok imam tak bersemangat nak berkhutbah.
Berlainan pula dalam tazkirah. Kita rasa semangat itu berkobar-kobar masa dengar tazkirah. Penceramah jadi lantang dan tak membosankan. Tajuk pula biasanya yang berlaku dalam hidup kita. Contohnya ada penceramah yang memberi takzirah sebelum solat terawih. Dia bidas masyarakat kita yang suka dahulukan ibadat adat berbanding syariat.
Solat terawih adalah sunat tapi kita mampu buat sampai 20 rakaat. Solat fardhu lima waktu adalah wajib tapi kita tak mampu buat. Sedangkan solat sunat yang menjadi keutamaan dan ada hadis atau ayat al-qur-an yang memerintahkan adalah tahajud, dhuha, rawatib, witir dan lain-lain. Masalahnya kita tinggalkan solat sunat sebegini dan lakukan solat terawih atas alasan setahun hanya sekali.
Rasanya cukup jerlah aku cerita pendek masa tazkirah ustaz itu. Cerita panjang kan takut jadi salah fakta pula. Maklumlah ingatan aku ni bukanlah tinggi sangat. Tapi memang best bila kita dengar tazkirah. Pasti akan ada satu point yang akan buat kita tersentap dan sedar atas kelemahan diri. Bila dah tahu diri dah ada di jalan salah, mesti kita kena cari balik jalan lurus. Tengok teguran dalam tazkirah pun boleh sedarkan diri kita.
Kalau ikutkan tazkirah memang ada tiap-tiap hari dalam masjid. Cumanya aku ni bukannya kaki masjid. Syukur alhamdulillah dalam bulan Ramadhan tak pernah pun aku terlepas nak singgah ke masjid. Paling best bila ada ceramah sebelum tazkirah. Beza antara tazkirah sebelum Ramadhan dan semasa Ramadhan adalah bilagan jemaah. Kalau ramai rasa macam suasana ceramah tu hidup dan segar. Kalau jemaah sikit, rasa macam ceramah tu tak serius dan kurang feeling nak bersemangat.
Aku ni bukan nak berjanji kosong, tapi aku harap lepas bulan Ramadhan aku masih rajin nak mendengar tazkirah. Nak masuk usrah aku ni jenis penakut dan pemalu tak bertempat. Jadi hanya tinggal ceramah sebagai medium untuk aku mendapatkan ilmu. Satu lagi, aku harap bilangan jemaah semasa ceramah selepas bulan Ramadhan masih lagi banyak dan bertambah. InsyaAllah. Ceramah adalah kekuatan kita untuk bersatu dalam memperkukuhkan perpaduan kita.
P/S: Pastikan penceramah anda di masjid tu ada tauliah. Sebenarnya ada tauliah atau tak bukan perkara penting pun. Yang penting ilmu yang disampaikan. Tauliah tu hanya kerenah sistem birokrasi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan