Isnin, 22 Julai 2013

Tengok ke depan dulu


   Waktu bulan Ramadhan ni baru penuh solat Maghrib dan Isyak berjemaah di masjid atau surau. Kalau tengok bulan-bulan, tinggal tok imam dan bilal. Ada jemaah lain pun dah cukup kira banyak.

   Biasanya kalau solat berjemaah ni kena rapat-rapatkan saf. Jangan biarkan ada ruang kosong antara jemaah lain. Biar bahu berlaga bahu, kaki bertemu kaki. Tapi masih dalam keadaan selesa untuk semua jemaah. Kira sekadar cukup syarat rapatkan saf. Kan ada makmun mati sesak nafas.

   Kalau kat depan ada ruang kosong meskipun masa tengah solat, makmun kena mara ke depan dan penuhkan saf di sana. Banyak pahala bila kita ikut sunnah yang disuruh oleh Rasulullah SAW. Lagi bagus kalau kita tahu mengapa disuruh solat berjemaah dan saf-saf tu kena dekatkan dan rapatkan.

   Aku Cuma nak cerita satu peristiwa. Ni bukan cerita betul pun. Aku saja cerita sebab nak cari mood pasal solat berjemaah.

                              

   Cerita ni mengisahkan Kamal yang jarang datang ke masjid. Kalau datang pun, masa solat Jumaat, minit-minit terakhir sebelum khatib habis berkhutbah. Kamal pun sama juga dengan orang Malaysia lain, jarang solat lima waktu tapi kalau bab solat sunat terawih, dari solat Maghrib dah tunggu dekat masjid. Bukan apa, masjid tempat dia ada sediakan nasi bukhari masa berbuka puasa.

   Datangnya malam pertama Ramadhan, Kamal bersungguh-sungguh datang ke masjid seawal pukul 7 petang. Kononnya nak tunjuk dia ni calon pilihan menantu terbaik. Maklumlah, dia tengah sibuk mengurat anak gadis salah seorang JKK masjid. Nak dikatakan ajaib pula, masa Kamal sampai di masjid, orang ramai dah penuh duduk dalam masjid. Tup tup bila tiba Ramadhan masjid dah ada penghuni secara ghaib.

   Tok bilal pun azan Maghrib. Kamal pun solat sunat Maghrib Qabliah sebab tengok orang sebelahnya pun bangun solat sunat. Lepas 10 minit, tok bilal iqamat menandakan dah bersedia nak solat fardhu Mahgrib berjemaah. Kamal berada dalam saf tengah, betul-betul bawah kipas dan udara aircond. Sejuk beb.

   Nak ditakdirkan masa tok iman tengah baca surah Fatihah rakaat pertama, molek molek ada dia nampak ada satu ruang kosong kat depan, cukup-cukup untuk dia isi tempat tu. Sebab nak tunjuk dia hebat dan ada ilmu banyak, tanpa ragu-ragu dia terus melangkah kaki ke depan. Maka dia berjaya penuhi tempat kosong tu.

   Masa tok imam rukuk, dia pun segera rukuk dengan cepat. Garrrrr!!!! Bergegar kepala dia masa tengah rukuk. Terjatuh dia masa nak rukuk. Dia hairan dan berasa sakit pada dahi. Macam berlanggar dengan tiang konkrit pula. Dia pandang ke depan dan tengok ada tiang masjid rupanya. Patut tak ada orang dekat ruang kosong.

    

   Toleh belakang, Kamal tengok ada banyak jemaah yang cuba tahan ketawa bila tengok aksi kelakar ni. Muka dia merah padam dan penuh malu. Dengan segera, dia terus berlari keluar dari masjid dan tak masuk balik. Mulai hari tu, dia tanda masjid tu sebagai kawasan kuning sebab malu bila teringat peristiwa tu. Dia lebih rela solat di masjid yang lebih jauh, asalkan tak ada jemaah lain yang gelak bila tengok muka dia.


   Penuhkan ruang kosong masa solat memang kena buat. Tapi tengok dulu kat depan ada tak halangan atau perkara lain yang menghalang kita solat di situ. Kalau tak, berlanggarlah kepala dengan tiang masjid. Sebelum mara ke depan, tengok dulu ke depan, boleh ke tak boleh.

Tiada ulasan: