Sabtu, 5 Januari 2013
Aku tiada azam tahun baru
Aku malas nak pasang azam tahun baru. Bagi aku, tiada apa-apa perbezaan apabila melangkah ke tahun baru. Lagipun tahun baru ini mengikut kalendar Masihi, iaitu amat berkait rapat dengn kepercayaan agama lain dan mitos-mitosnya. Kita nak menyambut tahun baru, sebab apa? Kenapa perlu sampai ada konsert mega dan maksiat berleluasa hanya untuk menyambut hari yang bukan kita empunya.
Cuba kau tanya diri kau. Kenapa perlu terhegeh-hegeh nak sambut tahun baru? Kenapa perlu bersusah payah mengadakan konsert yang terang-terang akan melahirkan golongan akal mundur? Apa siginifikasi tahun baru dengan hidup kau? Apa kaitan tahun Masihi dengan hidup kau? Kau ni islam ke islam celup??
"Ala, suka-suka jer. Bukan buat jenayah pun."
"Sambut tahun baru bukan boleh jejas akidah pun. Kita kan percaya lain-lain."
"Kan dah ada konsert free. Artis popular tu beb. Dah lama aku follow dia."
"Mufti tak bising pun. Kenapa abang bising-bising, berlagak cam orang baik jer."
Nak sambut tahun baru mungkin ada beberapa perselisihan sama ada tak boleh atau boleh. Yang itu bukan menjadi masalah utama. Orang lain pun bukannya tahu kenapa tahun baru sambut. Yang penting dapat cuti, boleh relax-relax sambil tengok rancangan hiburan melampau. Yang menjadi masalahnya ialah cara kita menyambut tahun baru. Saban tahun, New Years disambut dengan begitu meriah dengan karnivalnya, konsertnya, hiburannya dan macam-macam lagi. Tahun baru disambut ibarat untuk memuaskan nafsu. Nafsu dipuaskan secukupnya, rohani diri dibiarkan kebuluran. Lihat dan fikir apa yang kerajaan buat bila tahun baru menjelang. Tengok dan renungkan apa yang masyarakat buat bila tahun baru dah nak tiba.
Ada yang fikir nak pergi masjid? Tengok ceramah? Dengar tazkirah? Buat doa tahun baru? Now way sir. That's not their desire. What they want is fullfil your sastification. Ya, apa yang kita mahu ialah puaskan kepuasan, keinginan, kemahuan dengan secukup-cukupnya. Dan kita tahu biasanya kepuasan manusia akan melanggar perintah tuhan. Akan melanggar adat norma manusia biasa. Akan meruntuhkan nila-nilai kebudayaan timur. Sehingga kita hilang jati diri, jadi manusia lebih teruk daripada binatang.
Kalau rasa memang ketagih nak sambut tahun baru, pergi tidur sebab nanti esok tak adalah lebam mata nak penuhkan azam tahun baru kau. Kalau boleh tanya orang yang jiwa dia cenderung ke arah akhirat tentang cara nak sambut tahun baru atau acara-acara lain. Sebabnya orang yang selalu memikirkan hal kematian dan akhirat biasanya genius, bijak, berfikiran jauh, dan mampu menghindarkan diri darpada kecelakaan dunia.
Aku hanya sambut tahun baru dalam bilik kolej sambil menatap mata ke skrin komputer. Ada juga sekali sekala aku pergi streaming video ceramah Ustaz Azhar Idrus yang bersiaran langsung di Shah Alam. Kolej aku ni memang dekat dengan tempat UAI berceramah. Tapi malangnya kaki aku sakit. Ada beberapa "ketumbuhan nakal" dekat tapak kaki. Kalau nak jalan memang seksa dan menyakitkan. Sedangkan tengah duduk pun terasa pedih bisanya, ni apatah lagi kalau pergi bersiar-siar. Aku terpikir juga kalau kaki aku tak ada apa-apa masalah, adakah aku akan menjejakkan kaki ke tempat ceramah UAI atau pergi tengok konsert?? Maklumlah aku ni bukannya jenis alim sangat. Dua kali lima juga dengan budak yang tak beberapa belajar agama.
Setiap tahun baru aku memang malas nak buat azam. Aku tak ada keinginan nak laksanakan azam aku. Aku malas nak fikir azam apa untuk tahun ni. Jadi biarkan cabaran hidup datang, kita hadapinya dengan penuh ketaqwaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan