Gambar-gambar di atas merupakan siri perjuangan orang Melayu dalam menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh Britsh untuk menggantikan sistem pemerintahan BMA (British Military Administration). Malayan Union ditentang oleh kebanyakkan Orang Melayu kerana akan mengugat kedudukan sultan, warisan dan status quo orang Melayu.
Kongres Melayu telah diadakan sebanyak tiga kali dan pada 1 Mei 1946, UMNO (United Malay National Organisation atau PEKEMBAR) ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Hasil daripada muafakat orang Melayu ketika itu, beberapa siri pembantahan terhadap Malayan Union telah dijalankan. Mereka berdemostrasi, mengadakan rapat umum, ceramah, keliling kawasan pedalaman untuk memberi penerangan mengenai keburukan Malayan Union, Sultan-sultan Melayu diminta memulau persidangan Malyan Union dan lain-lain. Malah kekuatan orang Melayu juga turut mendapat sokongan daripada bekas pengawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu.
Pihak penjajah merasakan kebimbangan terhadap kebangkitan orang Melayu dan melihat dari jauh tanpa mengambil tindakan drastik untuk mengelakkan penentangan lebih dashyat daripada orang Melayu. Akhirnya Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan pentadbiran Tanah Melayu 1948.
Persoalannya, adakah tindakan orang Malaysia pada hari ini yang juga turut mengambil insiatif sama daripada orang Melayu ketika menentang Malayan Union akan berulang kembali? Mereka berdemostrasi, berceramah, dan berhimpun untuk menunjukkan satu bantahan dalam menentang kezaliman.
Ini bukannya mengenai politik, tapi tentang cara-cara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Jangan cakap mengenai sentimen politik, ia akan buat kita jadi berat sebelah. Politik sempit akan buat kita jadi mundur kerana tidak mampu untuk menerima pandangan orang lain.
Himpunan Kebangkitan Rakyat janganlah dianggap sebagai sebuah agenda politik, kerana ia bukan sahaja disertai ahli-ahli politik tapi juga puluhan ribu rakyat. Berapa ribu rakyat Malaysia yang menyertai himpunan terbabit? Yang pasti, bilangan tersebut lebih ramai untuk mengumpul satu atau dua konsert hiburan mega pada lewat malam. Mereka juga sebahagian daripada rakyat Malaysia. Suara mereka patut didengari dan patut diambil langkah penyelesaian.
Habis tu, kenapa mereka perlu berhimpun? Kenapa tak hanya pergi ke saluran yang berkaitan?
Sebenarnya, inilah saluran yang paling efektif dalam menyalurkan kebebasan suara. Kalau suatu cadangan mengikut proses biasa, sepastinya cadangan itu akan berlumput kerana sistem kerenah birokrasi.
mereka nak pertanyaan dalam bentuk formal, dalam format surat, mesti ada sokongan mana2 org berkuasa, akan menjadi perbincangan, dan akan dilaksanakan beberapa tahun kemudian supaya sistem lama tdk menerima kejutan apabila benda baru dijalankan
Aku harap isu yang diketengahkan tidak menyebabkan aku dilabel dengan pelbagai gelaran yang tidak senonoh. Aku bukannya nak main politik, cuma ingin menjadi mahasiswa yang matang dalam isu semasa politik. Jadi seharusnya wujud perbezaan dalam pandangan seseorang kerana tiap-tiap orang memiliki pemikiran yang berlainan. Perbezaan yang wujud bukan untuk menjadi perbalahan atau permusuhan tapi agar kita saling kenal- mengenali antara satu sama lain. Solusi yang paling bagus ialah bertolak-ansur dan sedia untuk menerima pandangan orang lain tanpa perasaan sombong.













Tiada ulasan:
Catat Ulasan