Ahad, 6 Januari 2013
Didesak oleh azam?
Dah tiga hari aku belajar dekat INTEC untuk semester kedua. Sumpah aku cakap niat nak belajar tak membara lagi. Rasa nak dapat point penuh tidak berkobar-kobar. Rasa macam ada sesuatu yang hilang dengan diri aku. Ada yang tak betul dan aku tak pasti apa benda itu.
Aku tengok dah ada dua atau tiga orang roomates dengan classmates aku dah buat revision. Dalam minggu ni aku tengok dah ada kawan-kawan aku yang buka buku dan baca. Aku? Stakat ni baru susun buku atas meja, baca belum lagi. Takde mood. Mood? Bila mood membaca nak diaktifkan? Entahlah. Tunggu ada exam? Erm, berdasarkan pengalaman sebelum ni, aku hanya membaca sekadar lalu hanya untuk tengok tajuk apa yang masuk dalam exam. Sebab masa tu aku dah pasrah yang aku tak boleh jawab. Aku tak pernah pun buat ulangkaji sebelum ni.
Perlukah aku ada azam? Azam tahun baru Masihi? Nak nampak ada kesedaran agama, azam tahun baru Hijrah. Tapi tahun baru Hijrah dah lama berlalu. Cuma sambutannya sahaja tak beberapa meriah dan disedari oleh orang ramai berbanding dengan sambutan tahun baru Masihi. Aku terfikir, adakah azam ni hanya dibuat ketika tahun baru atau ada peristiwa-peristiwa penting? Tak boleh ke azam dibuat pada hari-hari biasa dan kalau boleh tak perlu excited sangat nak post dekat laman sosial??
Azam ini aku rasa bermaksud impian, harapan, dan mimpi yang belum sempurna. Azam umpama senarai untuk memuaskan apa yang kita idamkan dan dambakan di atas dunia. Azam juga untuk mencapai taraf tinggi di akhirat kelak. Ia seperti mesin untuk mengarah manusia melakukan perkara manusia sempurna dan normal perlu buat. Azam perlu ada strategi, pelan, pandang ke depan agar kita tidak kecundang untuk menunaikan azam.
Sebelum ni aku ada buat azam tapi bukan azam tahun barulah. Aku ni biasanya lambat panas dengan dunia semasa. Jadi perkara baru dan terkini tak dapat buat aku rasa teruja. Aku ada berhajat nak dapat straight A+ dalam SPM. Tapi hampehnya aku tak beberapa didesak oleh azam. Azam tersebut tak buat aku rasa nak berusaha bersungguh-sungguh. Aku lebih suka menghabiskan masa dengan bermain-main. Homework tak buat. Ulangkaji jarang-jarang. Hasilnya aku dapat 8A 1B. Ohhh!!!!
Sebab tu aku takut nak buat azam lagi. Aku takut tak dapat nak realisasikannya. Aku bimbang akan mungkir janji dengan diri sendiri. Janji itu kota, mungkir janji bermakna runtuhnya kota. Adakah aku akan meruntuhkan kotaku sendiri atau lebih tepat memusnahkan diri sendiri?
Wallahualam.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan