Dah tengok video Listen Listen Listen???
Seorang pelajar bertanya mengenai sesuatu kepada penceramah mengenai isu Bersih dan pinjaman PTPTN. Tapi malangnya pertanyaannya dijawab dengan kata-kata Listen 11x, "when i speak, listen", dan "let me speak". Malah pelajar terbabit diminta berambus keluar dari Malaysia dan pergi ke negara ke mana saja dia suka. Malah isu yang dibangkitnya diputar-belitkan dengan isu animal right. Apa, animal right???? Forum tengah berbicara tentang politik, macam mana hak asasi haiwan boleh keluar tiba-tiba. Pelajar itu bertanya tentang isu semasa politik, dan animal right menjadi hujah si penceramah. Apa ni?
Adakah penceramah itu seorang aktivis hak asasi haiwan?? Tidak, penceramah itu merupakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia. Pelajar itu diherdik dan dimarahi apabila membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang memberi pendidikan percuma. Malah dia juga memberikan cadangan cara untuk memberi pendidikan percuma di Malaysia iaitu memperuntukkan RM10 billion agar rakyat Malaysia mendapat taraf pendidikan yang tinggi.
Apa yang paling dikesali ialah sikap pendengar ceramah forum dalam dewan terbabit (yakni pelajar UUM). Pemikiran mereka masih belum terbuka luas kerana memberi sorakan kepada penceramah yang tidak beradab sopan terhadap pelajar malah pelajar tersebut telah dibooooo sebagai tanda boikot. Aku ingatkan Fasha Sandha saja kena booo masa hari anugerah.
Adakah soalan pelajar tersebut terlalu biadap sehinggakan perlu ditempelak sebegitu rupa?? Sebagai penceramah yang memiliki jawatan presiden, emosi perlu diketepikan. Perasaan amarah perlu dilapiskan. Kalau tak mahu jawab, jangan berputar-belit sampai ke isu animal right. Malaysian does not eat jaws, they eat kerepok lelelekor. It's just jaws who eat Malaysian. Orang berilmu perlu mengatasi hujah dengan bijaksana. Jangan pula kita mahu beradu dengan orang yang dianggap tiada ilmu, kita perlu yang menurunkan taraf kita serendah-rendah haiwan. Mungkin sebab itulah penceramah itu minta haiwan ada hak asasi.
Ada orang kata pelajar itu memang bersalah sebab bertanyakan soalan mengarut dan tiada kaitan dalam kamus mahasiswa. Okey, apa yang pelajar itu tanya? Isu Bersih dan pinjaman PTPTN. Bersih ada isu campuran dengan politik sebab disokong dan didukung oleh ahli politik berhaluan kiri. Manakala isu PTPTN mengenai pergerakan pelajar dalam menuntut pendidikan percuma.Isu ini juga turut diresapi unsur politik disebabkan Pakatan Rakyat juga menuntut pendidikan percuma kepada semua rakyat Malaysia. Ini bermakna pelajar terbabit memang sengaja untuk memanaskan seisi dewan dengan isu politik. Soalnya, salahkah untuk mengutarakan soalan politik dalam forum terbabit? Salah? Ada orang kata salah?
Cuba periksa balik tajuk forum itu. "Mahasiswa seiringkah dengan politik", itulah tajuk forum berkenaan. Jadi tak salah kan kalau ada budak yang bangkit dan bertanya mengenai politik sama ada pelajar perlu terlibat dalam politik atau tak. Tapi kawan aku ada cakap, suratkhabar guna tajuk lain iaitu, "Wanita dan politik". Tak kisahlah yang mana satu betul tapi yang pasti, isu politik menjadi topik perbicaraan utama.
Aku rasa Malaysia ini dah dikelilingi orang-orang sombong. Mereka sombong untuk menerima pandangan orang lain. Mereka membidas idea yang bakal mengugat kedudukan mereka. segala cadangan yang berlawanan dengan sistem lama akan dibantah. Mereka mencantas orang yang baru naik untuk memakmurkan Malaysia. Sikap sombong inilah yang menyebabkan Malaysia masih lagi tidak menjejak kaki ke mana-mana pun.
Dalam bidang sukan kita masih ketinggalan. Pingat emas Olimpik sudah kempunan. Hanya pingat emas Paralimpik menjadi ubat kekecewaan kita tapi malangnya, kurang mendapat liputan berita. Dalam bidang industri hiburan kita masih ketinggalan. Lagu-lagu original Malaysia ditindas oleh lagu-lagu luar. Salah siapa? Bukan salah radio, kan, kan, kan? Salah suara artis sumbang kan, kan, kan? Dalam bidang dakwah pun kita masih ketinggalan. Pernah tengok iklan-iklan dakwah di televisyen? Pernah dengar lagu nasyid berada dalam top 10 carta lagu? Pernah tahu ada tapisan yang melarang artis-artis islam membuka aurat?
Listen, Listen, Listen, Listen, Listen, Listen, Listen, Listen, Listen,Listen, Listen
When i speak, listen
Seronok juga video parody listen listen dekat youtube. Masa tu baru aku perasan, sebenarnya suara artis Hollywood dan Korea taklah sedap sangat, cuma apabila ditambah musik, dan "digoreng-goreng" oleh jurutera bunyi, barulah lagu tu akan jadi top.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan