Khamis, 10 Januari 2013

Bukan kita seorang sahaja


 Rupanya ada orang lain lagi yang lebih sakit daripada aku.

   Dalam dunia ini, kita jangan cakap, 'mengapa aku ditimpa sebegitu?', 'kenapa harus aku bersalah?', 'mengapa aku perlu sakit begini?', 'apa dosa aku?'. Tolong, kurangkan ayat-ayat sedemikian. Segala apa yang terjadi, itu sudah ditakdirkan. Tak ada guna untuk penyesalan. Peristiwa yang berlaku selama ini boleh jadi sebagai peringatan untuk menyedarkan, ujian untuk menilai martabat, hukuman untuk menghapuskan dosa.

  Semua orang akan menghadapi ujian hidup yang mana, bersesuaian dengan kekuatannya untuk melawannya. Tidak ada ujian yang terlalu berat untuk diharungi dan tidak mungkin pula yang terlalu ringan untuk dijalani. Cuma, yang bezanya cara ujian itu berlaku kepada kita. Ada orang kaya-raya tapi ada penyakit kronik. Ada orang paras rupa cantik dan kacak tapi dilanda fitnah berpanjangan. Ada orang bijak dan genius tapi hidupnya tak aman, seringkali dicemuh orang. Setiap orang mempunyai ujian yang berlainan.

  Tiada manusia yang sempurna. Kaya bukan pengukur kebahagiaan. Kacak bukan bererti sentiasa gembira. Bijak tidak selalunya tak akan ditipu. Kelebihan yang ada pada seseorang bukan tiket untuk mempunyai hidup sempurna. Boleh jadi kelebihan tersebut menjadi ujian kepada kita, untuk menguji sama ada kita mampu mensyukuri nikmat penggunaannya dengan baik.

  Hari ini baru aku sedar kesakitan yang kita tanggung, turut ditanggung oleh orang lain. Malah bebanannya lebih teruk dan berpanjangan. Walhal kita yang baru ditimpa kesakitan baru nak mengadu bukan-bukan. Memang hidup nak pentingkan diri sendiri sahaja.

Tiada ulasan: