Rabu, 1 Februari 2012

Kisah taubat Muhammad Masruq Al-Baghdafi


Kisah taubat Muhammad Masruq Al-Baghdafi





Muhammad Masruq Al-Baghdafi adalah seorang ulama islam yang terkenal. Jesteru itulah, semasa hayatnya, beliau turut dijadikan tempat rujukan oleh umat islam bagi menyelesaikan segala masalah berkaitan agama dan permasalahan semasa.






Bagaimanapun, di luar pengetahuan orang ramai, beliau turut menyimpan rahsia tersendiri di dalam hidupnya.
Seperti yang pernah di ceritakannya sendiri kepada kawan-kawan murid-muridnya, ketika mudanya dahulu, beliau juga sering terikut-ikut dengan kebiasaan teman-temannya yang tidak baik iaitu bermabuk-mabukkan kerana minum minuman keras (arak).




Mengimbau kembali kisah hidupnya, beliau berkata, suatu malam, seperti biasanya, beliau keluar lagi dari rumahnya untuk minum arak. Ketika sedang mabuk, beliau bercakap membanggakan dirinya sambil menyanyi:


“Di Tursina ada kebun yang sangat indah,
Aku tidak pernah lewat di situ;
Tetapi aku hairan,
Orang yang meminum airnya.”


Lagu itu dinyanyikan berulang kali sambil bermabuk-mabukkan. Di luar pengetahuannya, rupa-rupanya nyanyiannya itu didengari oleh orang lain yang menyembunyikan diri dan tidak suka kepada minuman keras.
Apabila beliau agak sedar daripada mabuknya, orang yang menyembunyikan dirinya itu pula memperdengarkan sebuah gurindam berisi nasihat yang berbunyi:

“Dalam Neraka Jahanam ada air,
Tiada sesiapa pun yang meminumya,
Lalu bisa kekal sesudah itu,
Perut panjang dalam rongga tubuhnya.”




Gurindam tersebut dinyanyikan dengan penuh perasaan oleh orang berkenaan. Rentak dan seni katanya dipadu sedemikian rupa sehingga membuatkan pendengarnya betul-betul terkenang akan dahsyatnya Neraka Jahanam.



Muhammad bin Masruq yang mendengar nyanyian itu terus tersentuh hatinya. Serentak itu juga, sifatnya yang membanggakan diri itu terus hilang dari dirinya. Dia melihat ke kanan dan ke kiri mencari penyanyi lagu itu, tetapi tidak juga kelihatan olehnya.



Pada malam itu juga, beliau terus meninggalkan amalan buruknya itu lalu bertaubat tidak mahu meminum arak lagi. Tidak lama kemudian, jadilah beliau seorang lelaki soleh, ahli taubat dan kemudiaannya menjadi ulama yang terkenal dalam kalangan umat islam.



Hari-hari seterusnya, ketika mengenangi kembali perangai buruknya ketika mudanya itu, beliau berkata,”Gurindam itulah yang menjadi  sebab aku bertaubat dan kucurahkan semua hidupku menuntut ilmu dan beribadat kepada Allah swt.”



Demikianlah secebis kisah hidup Muhammad Masruq Al-Baghdafi yang ketika mudanya dahulu pernah terjebak dengan kemaksiatan meminum arak, tetapi kemudiannya insaf hanya kerana berpunca daripada sebuah gurindam yang dinyanyikan oleh seseorang yang tidak dapat dikesaninya sehingga ke akhir hayatnya.
Namun, di dalam hati kecilnya, beliau sentiasa berterima kasih kepada orang berkenaan kerana mengambil ini siatif menyedarkan beliau supaya tidak terus terlanjur di sepanjang hidupnya.


Tiada ulasan: