Kalau bosan apa nak buat?
Aku sekarang ni dilanda kebosanan yang amat. Dua bulan aku tanam anggur tapi tiada hasil pun. Aku nak juga cari kerja kosong tapi tak dapat pun. Pergi kesana, pergi ke situ tapi masih tak boleh. Tawaran kerja kosong ada tapi entah macam mana tiada rezeki. Kini, aku masih menjadi penanam anggur yang tidak beberapa disegani.
Bosan juga kalau duduk dekat rumah tiada apa nak buat. Aku ni bukannya kuat bersosial. Kawan-kawan pun takde. Hari-hari kena leteran mak aku yang aku ni jenis rezeki payah masuk. Huish, bahaya!!
Main game? Aku dah bosan asyik menghadap Need For Speed Underground 2. Kalau setiap kali racing menang tak apalah. Tapi setiap kali sampai ke garisan penamat entah macam mana kereta lawan tiba-tiba jadi laju semacam. Argh, stress aku!!! Tak nak mainlah!!!
Aku sekarang dah jadi keliru dengan dunia internet. Dulu ada gak benda aku nak baca. Tapi kalau tiap-tiap hari baca blog yang suka kutuk kerajaan. Aku sendiri tak tahu siapa yang betul, kerajaan ke pembangkang? No comment about politics!!
Jadi, kalau bosan apa yang kita boleh buat?
Tengok video dekat youtube?
Internet lembap, pasal itu streaming sejam hanya untuk video kurang 30 minit. OUT!
Baca buku?
Kreko?
Gempak?
G3?
Al-islam?
Infiniti?
Dah habis baca. Naik muat juga baca benda yang sama sahaja.
Gempak?
G3?
Al-islam?
Infiniti?
Dah habis baca. Naik muat juga baca benda yang sama sahaja.
Maka, kalau bosan apa yang kita boleh buat tanpa melanggar apa-apa jenis peraturan?
Kalau ada yang tahu tolong komen okey………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan