Kenapa Kau Sering Mengangguku?
Kenapa kau sering mengangguku
Ketika kutidur
Di kala ku terjaga daripada tidur
Hadirmu menyebabkan hatiku sering tersentap
Lidah ku terkelu
Mulutku seakan dikunci
Sudah teragak-agak untuk bersuara
Kerana kau
Ku sering termenung di atas meja
Selera ku membuak-buak tapi kaulah penghalang
Bayang keputihanmu sudah membuatku was-was
Kehadiranmu bukan satu, tapi dua
ARGH, nyah kau dari sini, ULSER MULUT!!!!
Ceh, ulser mulut datang lagi melawat aku. Tahun lepas dia datang dah. Takkan nak buat lawatan tahunan kot. Memang masalah ini memang remeh. Aku nak buat kerja pun dah jadi malas.
Tau tak apa itu ulser mulut? Nak tahu, baca artikel di bawah ini.
………………………………………………………………………..
| Kenapa kerap kena ulser mulut |
| Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan lembut mulut anda. Ulser ini nampak seperti tompokan warna putih. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi. Simptom-simptom ulser mulut Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala anda berasa malas untuk bertutur. Mengapa ulser mulut boleh terjadi?
Kaedah menangani ulser mulut Jika anak atau anda kerap mengalami ulser,amalkan, Penjagaan kesihatan mulut yang baik seperti:
Petua merawat ulser di mulut · Gunakan pencuci antiseptik mulut · Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit · Makan makanan lembut · Elakkan makan makanan panas dan pedas · Banyakkan minum air Jika sakit ulser berterusan melebihi 14 hari,dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan