Tiada Mood
Aku dah mula rasa malas nak tulis artikel dalam blog ni. Sebabnya? Tiada orang pun yang baca blog aku. Hanya aku yang baca apa yang aku tulis. Kalau aku tengok dekat statistik, memang tiada orang yang melawat, hanya aku seorang melawat blog aku sendiri. Apa hal macam ni?
Kalau dulu ramai juga yang datang singgah ke blog aku . Puncanya? Aku ada copy paste pasal novel sutera dalam lukisan (novel wajib bagi tingkatan 5 seperti di Terengganu) dalam blog aku. Memang pageview untuk artikel novel itu amat tinggi. Tapi disebabkan aku dah habis SPM dan rasa kesian pada blog yang aku copy paste tu, maka aku pun delete artikel tu. Aku dah tekad masa tu.
Kesannya? Sudah tiada pelawat yang datang singgah. Aduh, menyesal pula aku delete! Tapi nak buat macam mana aku buat ‘cetak rompak’ pasal artikel tu. Kalau aku ni hajat sangat, dah lama aku copy paste artikel semua novel yang wajib dari tingkatan 1 sampai ke tingkatan 5. Baharu pageview naik mendadak. Tapi tak sampai nak buat macam tu. Aku nak orang baca pasal ideaku, mindaku bukannya copy pasteku. Hah, itu memang dah salah!!!
Aku sekarang ni dah sibuk kerja kat kedai runcit, 8 jam sehari, dari hari Sabtu hingga ke hari Jumaat. Aduh, memang letih bohh!! Aku dah tiada idea nak tulis apa. Tapi tidak mengapalah, nanti lain kali aku nak lebih jujur dalam penulisan bolg aku selepas ni. Tak nak copy paste daripada blog orang lain dah. Nanti, tak pasal kena sergah. Betul tak Kak Limah?
Aku harap selepas ini aku ada idea mencurah-curah nak tulis dalam blog. Aku tak nak blog ini terus termendap sebagaimana Sungai Melaka terus termendap.
Akhir kata, jaga diri baik-baik di mana sahaja anda berada kerana maut tidak pernah mengenal waktu dan tempat. Pesanan ini tidak pernah ditaja oleh mana-mana penaja berlesen.
Layan aje………..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan