Tanggal 12 Rabiulawal tiba lagi. Ini bermakna kita akan menyambut hari keputeraan nabi utusan terakhir, Nabi Muhammad SAW. Sebenarnya, perkataan “menyambut” itu kurang tepat di mana yang lebih baik ialah “mensyukuri” atau “meredhai”. Jadi, apakah tanda-tanda yang kita betul-betul mensyukuri hari kebesaran ini?
1. Menyertai perarakan selawat mega Maulidur Rasul???
2. Mendengar ceramah tentang sunnah-sunnah Nabi???
3. Menonton rancangan televisyen bercorak islamik???
4. Mengunjungi masjid atau surau???
5. Mula mencari buku tentang biografi Nabi???
6. Menghantar status di Facebook atau Twitter berunsur nasihat dan ceramah???
Adakah semua perkara di atas dan yang selain daripadanya dapat bertahan lama sehingga tiba kembali hari maulidur rasul yang berikutnya??
Tepuk dada tanya iman!!!
Sebenarnya kita belum-belum beristiqamah untuk melakukan perkara yang baik. Apabila tiba hari kebesaran Islam, kita mula terhegeh-hegeh untuk menjadi se”islamik” yang mungkin. Tapi sayang, hakikat itu mula luntur selepas hari kebesaran itu berlalu. Ini tidak betul dan perlu dibetulkan.
Saya dengan ini ingin menasihati diri saya sendiri dan para pembaca sekalian, marilah kita sedaya upaya untuk mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian. Kalau tidak mampu sepenuhnya, separuh pun sudah bagus kalau dibanding tidak buat apa-apa.
Mungkin selama ini kita terleka dengan nikmat kehidupan yang sementara ini. Tapi mungkin kita menemui cahaya hidayah pada hari Maulidur Rasul ini. Hari yang baik semua orang pun patut baik dan ingatlah semua hari baik, tiada satu hari pun yang boleh bawa malang. Semua itu hanya kepercayaan karut-marut yang sepatutnya sudah pupus.
Teruskan diri untuk berusaha menyucikan diri daripada dosa dengan kenikmatan dan kemanisan keimanan yang selandas di landasan lurus.
InsyaALLAH!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan