Isnin, 30 Januari 2012

Fasa Peralihan


Fasa Peralihan



Kehidupan di universiti jauh berbeza dengan kehidupan di sekolah. Aku tidak mampu untuk menggambarkan bagaimana cara untuk aku terus bertahan di sana nanti. Di sekolah, kita diberi dengan pelbagai kemudahan. Tapi di unversiti nanti, macam mana? Di sekolah, ada guru yang memerhatikan prestasi dan perangai kita. Tapi di universiti nanti, ada ke?




Aku bukannya nak berlagak yang yakin bebenor boleh tawaran masuk ke universiti tapi aku kata ini berdasarkan rekod akademik yang cemerlang sokmo. Ha’ah, masih ada harapan cerah nak masuk U!  Itu rekod akademik, rekod kokurikulum kena juga okey tapi aku ini bukannya jenis kuat bersukan. Aku hanya sekadar meraih markah cukup-cukup makan sahaja. Tidak kisahlah semua itu, janji aku boleh masuk U! aku ini sekadar nak tempat jauh sedikit dari tempat tinggal aku. Bukannya apa, aku nak juga merasai menimba pengalaman di negeri orang lain. Asyik-asyik dalam negeri sama sahaja. Sekolah rendah dengan sekolah menengah pun tak jauh mana. Aku dapat tawaran SBP pun dalam negeri jee.



Aku faham konsep pembelajaran di universiti lebih berkonsep kendiri. Kita kena cari sendiri tapi yang kita mahu. Oleh sebab itulah kita kena sikap ingin tahu yang lebih mendalam biarlah kita tak nak tahu pun. Kita dengan usaha sendiri kena mencari ilmu sama ada dari pensyarah itu sendiri, kelas kuliah, perpustakaan, kawan-kawan atau buat kajian sendiri.



Soalnya, adakah aku mampu bertahan nanti untuk berdepan dengan kehidupan di universiti? Di sekolah ada guru yang akan memastikan rekod kita sentiasa bersih untuk kebaikan sekolah sendiri. Tapi di universiti, macam mana ya?



Aku tiada sesiapa untuk bertanya macam mana kehidupan di universiti. Apakah mereka suka dengan kehidupan baharu tersebut? Macam mana mereka dapat menyesuaikan diri di sana? Ada  ciri “adaptation” yang boleh diamalkan? Apa yang aku boleh harap kehidupan tidaklah sesukar yang disangka dan bakal menjadi fasa peralihan dalam kehidupan aku nanti. Dengan kata lain kita perlu berhijrah ke arah kebaikan!!!

Tiada ulasan: