Jumaat, 15 Mac 2013

Trauma mental penjahat atau pengarah??




    Pernah tengok cerita seram yang menampilkan unsur-unsur ganas yang melampau? Biasanya cerita ni tiada watak hantu pun mahupun makhluk ghaib. Tapi ianya lebih kepada penjahat psiko. Mereka ni lebih suka membunuh siapa-siapa saja daripada hantu Melayu yang suka mengusik orang di tengah malam buta. Watak sebagai penjahat psiko sangat berat untuk dibawakan kerana memerlukan lebih penghayatan perwatakan yang trauma, gila, tidak waras dan kejam. Sifat-sifat sebegini memang lari langsung daripada fitrah asal manusia.

    Tapi aku ada cerita jijik yang aku tak mahu langsung tengok walau semua kawan aku dah tengok. Human Centipede iaitu satu cerita obses yang gila dan jijik mengenai seorang saintis yang ingin mencuba teorinya tentang manusia lipan. Dia cuba menyambung manusia daripada bahagian belakang dan bersambung ke bahagian depan manusia. Sama sahaja seperti lipan. Rasanya tiga atau empat orang telah diseksa untuk menjayakan teori saintis gila itu. Malah filem ini telah disambung dengan Human Centipede 2 dengan penceritaan seorang lelaki yang mempunyai obses fantasi seksual dengan lipan. Dia tertarik dengan teori yang pernah dikemukakan santis gila mengenai manusia lipan dan cuba mengujinya.

   Aku memang haramkan sungguh-sungguh cerita ni daripada masuk dalam laptop mahupun menontonnya. Bagi aku cerita ni memang teruk gila dan jijik. Tengok, dah beberapa kali aku sebut perkataan jijik. Lagipun cerita ni memang di luar kotak munasabah manusia dan cuba mengubah fitrah kebaikan manusia. Aku rasa cerita ni boleh buat aku trauma tiga hari berturut-turut walau cerita ni tiada hantu ataupun pembunuhan yang sadis.

    Maka, aku cuba mencari alternatif lain untuk melupakan ingatanku terhadap filem ini. Akhirnya aku rasa macam suka dengan filem psiko pembunuhan. Contoh yang terkenal macam Michael Myers (Hallowen), Jason Voornees (Friday The 13th), Fredyy Krueger (A Nightmare on Elm Street), Pinhead (Hellraiser), dan Candyman. Banyak lagi filem yang menampilkan cerita genre macam ni tapi cukup setakat beberapa kerat ni jer. Takut buat tambah takut jer. Kebanyakkan penjahat dalam filem ni merupakan seorang yang trauma sejak kecil lagi. Masing-masing ada masalah mental sejak kecil kerana diabaikan, kurang kasih sayang dan dipulaukan sejak kecil. Ini bermakna masyrakat kita sendiri yang mencipta “raksasa” ini.







   Contohnya macam Michael Myers dalam Hallowen, dia sejak kecil lagi sudah membunuh kakaknya sendiri pada umur 6 tahun! Sebab itu, doktor yang merawatnya menganngapnya sebagai “pure evil” dan dikurung dalam suatu tempat tersembunyi. Orang dah lah ada masalah mental, kena kurung pula. Memang masaklah sebab tindakan macam ni macam menunggu saat “raksasa” dalam diri jer meletus. Akhirnya Michael berjaya terlepas pada malam Hallowen dan berlakulah pembunuhan yang kejam.



   Aku pun hairan juga, macam mana pengarah filem Hollywood boleh dapat idea nak buat cerita macam ni? Pelik dan tak pernah terfikir oleh siapa-siapa. Malah watak sebegitu kejam, sadis, dan tidak bermoral jarang wujud dalam masyarakat normal di dunia. Contoh macam filem The Texas Chainsaw Massacare. Ini filem mengenai sebuah keluarga yang rosak dan terjejas teruk mental dan apa yang mereka lakukan untuk terus hidup? Makan daging manusia atau kanibal!!! Memang teruk la tengok mangsa kanibal kena bunuh dengan gergaji automatik pastu makan buat sate. Malah penjahat dalam cerita itu iaitu Leatherface pakai topeng yang diperbuat daripada kulit manusia.




   Persoalannya, bagaimanakah pengarah Hollywood begitu kreatif dan inovatif dalam filem-filem sebegini?? Adakah mental mereka juga terjejas dan semua cerita dalam filem seram ini hanyalah imaginasi tentang diri mereka sendiri? Mana tahu sebab kalau aku jadi jahat pun, mesti ada style macam penjahat dalam filem James Bond agent 007. Pembunuhan teruk dan penyiksaan ganas merupakan satu bentuk gambaran kepada minda yang korup dan rosak. Bukannya bermakna “wayar” dalam otak dia dah putus tapi ada sesuatu tak kena dengan akal fikirannya. Seolah-olah logik fikirannya mengatakan pembunuhan itu satu normal biasa. Perbuatan jenayah perlu dipuji dan diangkat tinggi-tinggi.

   Seteruk-teruk watak penjahat dalm filem psiko seram, teruk lagi minda si pembuat cerita. Percayalah, aku rasa macam aku pula yang terganggu minda bila tengok filem macam ni. Aku minta maaf kalau ada siapa-siapa terganggu minda lepas baca artikel ni. Sebarang info lanjut, boleh layan cerita ni kat youtube atau download jer kat mana-mana.


2 ulasan:

Unknown berkata...

Cerita yang penuh sadis dan penyeksaan ini memberi pengajaran kepada manusia supaya kita tunduk kepada Tuhan dan bukannya menyeksa manusia sesama sendiri, kita dilahirkan ke dunia bukan menjadi seekor binatang, malah kita seharusnya menjadi manusia yang berguna untuk agama, masyarakat dan negara....

Amir berkata...

Ada orang yg menonton filem sadis berasa insaf dan selalu berdoa kepada tuhan agar dijauhkan daripada perkara tu.. tapi ada juga yg mengambil inspirasi drpd filem tersebut utk melakukan kerja kotor.. mereka jadi terdedah kepada benda kotor.. bila mereka ada masalah, mereka akan tiru cara villain dlm filem tersebut selesaikan mslah..