Fuhh, lega! Hari ni
dapat balik awal dari kelas. Pagi tadi baru jer buat IELTS speaking test. Orang
pertama dalam kelas aku tu. Nasib baik lecturer yang interview tu baik-baik
saje. Siap bagi dorongan suruh pertingkat kemahiran speaking better in english.
Soalan yang diberi pun mudah-mudah jer. Tak payah serabut nak fikir lama-lama
untuk faham kehendak soalan.
Mula-mula tu kami
tersilap tempat nak ambil IELTS speaking test. Ingatkan di tempat pejabat
lecturer rupanya dalam kawasan blok kami juga. Memang nasib jadi orang pertama.
Masuk bilik tempat tu terus duduk atas kerusi.
Dia tanyalah keadaan
kita pagi tu dan macam mana perasaan pada hari tu. Aku jujurlah cakap yang aku
nervous beserta dengan sebab-sebabnya. Bahagian pertama, dia tanya pasal
maklumat diri, perkara menarik di tempat sendiri dan kenapa lebih suka belajar
di luar negara. Tak payah sangat dan aku cakap jer apa yang terlintas dalam
fikiran.
Masuk bahagian
kedua, dia bagi satu helaian kertas yang ada satu soalan khas. Dalam masa satu
minit, aku cuba tulis nota untuk panduan aku bercakap. “Describe about a place
that you visited were you a children.” Lama gak aku fikir nak pilih tempat apa
dan kenapa. Aku pun terus pilih Lata Belatan di Besut sebab tu tempat kegemaran
aku pergi berkelah. Lata Belatan macam kawasan air terjun yang mengalirnya
aliran sungai yang tenang dalam kedamaian kehijauan hutan. Nasib baik aku
sempat jawab semua soalan dalam masa dua minit sebelum dia suruh aku berhenti.
Bahagian ketiga ni
seronok sikit sebab boleh cakap lama dan merapulah apa-apa pun, asalkan logik. Memang
semua soalan ni mudah sebab hanya berlegar mengenai tourism iaitu pelancongan.
Aku tak pasti sama ada aku guna dengan baik tak cara “why, so, but, then.” Yang
pasti, aku cakap jer apa idea yang ada. Habis idea aku terus berhenti cakap.
Mula-mula dia tanya
pasal perkara yang menarik di kawasan aku mengenai pelancongan. Aku katakanlah
mengenai daerah lama aku, Besut. Di Besut, ada satu istana lama milik sebuah
kerajaan sebelum wujudnya kerajaan Terengganu. Kemudian, aku cakap Besut ada
satu industri membuat rumah tradisional yang membuat ukiran kayu yang cantik
dan menyerupai gaya rumah pembesar dan raja dulu-dulu.
Pastu, dia tanya
pasal kebaikan pelancongan di Malaysia. Nampak mudah, idea pun mencurah-curah. Tapi
aku hanya cakap dua atau tiga isi sebab kepala ni dah rasa kosong dan berat
bila kena buat terjemahan melayu ke inggeris. Vocab tak power, memang cakap
sepatah dua camtu jer.
Dia ada gak tanya
kenapa ada sesetengah negara tak mempromosi pelancongan sebagai satu bidang
ekonomi. Aku cakaplah yang pemimpin negara tu ingin mempertahankan budaya asal
mereka daripada diceroboh dan dirasuki anasir kuning yang biasanya dibawa oleh
pelancong asing. Soalan terakhir mengenai fungsi pemandu pelancong. Semua orang
tahu tugas mereka untuk membawa pelancong ke tempat-tempat menarik dan
melindungi pelancong daripada jenayah tempatan.
Keseluruhannya, aku
rasa dapat band 6.5 berbanding test lepas, aku dapat 5 jer. Tapi tu cuma tekaan
jer. Bukan fakta bukan kenyataan. Sebabnya aku rasa dah buat lebih baik
daripada yang dulu. Lecturer kami letak cut-off band pada nombor 6. Jadi kalau
aku dapat 6.5 tu dah kira okey.
Kadang-kadang aku
rasa IELTS speaking test tu taklah payah sangat. Aku yang jarang cakap bahasa
english boleh jer jawab soalan tapi tergagap-gagaplah. Cuma keyakinan dan ilmu
pengetahuan yang menjadi penentu di manakah band kita berada. Sama ada dapat
tak band 7/8/9. Bagi aku, band Hujan dah cukup untuk aku. Hahahahaha.



7 ulasan:
nt update la result..ehehhe..nak ambil jugak..tp kene well-prepare la kot ek.ambil di mn ye
intec shah alam
band hujan tu xbleh blah,,...
muahahahahahaaa....
best apa... buat lagu sedap2.. tak macam lagu2 hit kat radio sekarang ni
la.. aq betul2 dpt 6.5 point.. skit sgt nk lpas cut-off point
well done.. u r diferent than what people thought.. we always look down when u act or speak.. but actually we r wrong.. so its true, dont judge book by its cover.. peace
peace you too.. judging the book by its cover is marketing strategy
Catat Ulasan