Sambungan daripada post Asasi itu yang kupilih
Walaupun CFS IIUM kecil dan padat,
tapi aku kira ada banyak bangunan akademik beserta dengan kolej kediaman. Cukup-cukup
untuk menampung ahlinya yang sehingga 7000. Tahun ni saja ada lebih kurang 3000
pelajar baru mendaftar untuk sesi Jun 2012/2014. Masing-masing ada tiga kolej
untuk lelaki dan perempuan secara berasingan. Tapi jujurnya bangunan Mahallah
Abu Bakar (ABC) paling klasik sekali sebab sekali nampak macam bangunan
terbiar. Sekali masuk baru tahu ada orang dalam tu.
![]() |
| Bangunan Mahallah Khadijah |
Bangunan kolej kediaman paling mewah ialah Mahallah Khadijah. Lif ada,
tak payah penat-penat nak panjat tangga sampai tingkat kesembilan. Maklumlah,
bangunan ni dikatakan bekas hospital penyelidikan Universiti Malaya. Dalam keindahannya
ada juga cerita seram dan menakutkan kerana di setiap hospital mesti ada bilik
mayat.
Lupakan saja cerita Mahallah Khadijah mengenai cerita orang terjun bunuh diri, toyol mencuri, dan jururawat yang menegur pelajar bising. Itu semua cerita yang digunakan untuk menakutkan budak baru supaya hormat pada senior dan juga berkesan agar tiada pelajar yang berkelakuan melampau batas agama dan bangsa.
Lupakan saja cerita Mahallah Khadijah mengenai cerita orang terjun bunuh diri, toyol mencuri, dan jururawat yang menegur pelajar bising. Itu semua cerita yang digunakan untuk menakutkan budak baru supaya hormat pada senior dan juga berkesan agar tiada pelajar yang berkelakuan melampau batas agama dan bangsa.
Aku pun belum pernah mengalami pengalaman seram walaupun aku pernah
menetap di bilik 317 di bangunan Mahallah Abu Bakar. Ramai yang berbangkit
mengenai bilik-bilik berhantu di ABC. Khususnya kawasan menegak (vertical line)
di belakang bangunan ABC iaitu x-17. Bilik 117, 217, 317, dan 417 dikatakan
berhantu dan dikunci sejak beberapa tahun lalu. Bilik-bilik ini selalu dikaitkan
dengan cerita pelajar bunuh diri di bilik 317 kerana tekanan belajar.
Tahun lepas baru bilik ni dibuka
untuk memenuhi bilangan pelajar yang padat. Ditakdirkan aku diletakkan dalam
bilik 317. Tak, sebenarnya aku yang meletakkan diri aku sendiri dalam bilik tu.
Kisahnya, mula-mula aku dapat kunci dalam bilik 407, tingkat 4. Selepas habis
minggu tawe-tawe (program orientasi), ada sesetengah bilik yang di mana ahlinya
terpaksa berpindah kerana bilik tersebut sudah ditempah oleh senior. Jadinya,
semua ahli bilik aku terpaksa berpecah dan bertukar bilik.
Aku terpaksa ditukarkan ke bilik 427 di tingkat 4 juga. Tapi orang pejabat
di Mahallah ABC memberi kelonggaran kepada pelajar yang terpaksa ditukar untuk
memilih mana-mana bilik selagi tidak menyusahkan mereka. Aku pun ambil bilik
317 setelah dicadangkan oleh mereka. Biarpun tahu bilik tersebut dikaitkan
dengan cerita seram, aku gagahi jua diri untuk berpindah ke sana.
Tangga yang
bersebelahan bilik 317 nampak gelap dan menyeramkan biarpun pada siang hari. Sebenarnya
bilik 317 taklah teruk sangat seperti orang yang cakap dulu. Sepanjang aku
tinggal dalam bilik tu, takde pula aku dengar suara-suara aneh, wajah-wajah
mengerunkan atau mengalami kesakitan yang luar biasa. Malah aku tidur lena
dalam bilik berbanding dengan bilik 407. Cumanya bilik ni ada asap-asap Malboro
dan Dunhill yang tidak pernah terlepas dalam mana-mana kolej.
Bilik 317 ini sangat selesa, sejuk, dan malam
hari, ditemani oleh sayup-sayup bunyi kedengaran kenderaan. Maklumlah, bilik ni
amat dekat dengan tepi jalan raya. Setakat ni aku tak terganggu dengan bunyi bising
kenderaan malah aku rasa macam kesunyian malam telah dipecah. Paling kurang takde rasa takut dapat bilik senyap sunyi bagai hutan rimba.
![]() |
| Bangunan Mahallah Zainab |
Siapa yang tak pernah
dengar cerita pocong melompat-lompat di belakang bangunan Mahallah Zainab?
Siapa-siapa yang ada keistimewaan pancaindera pasti akan ada nampak satu perkampungan terasing
di belakang CFS IIUM. Bukan aku yang nampak, tapi kawan aku yang cakap. Dia kata
macam ada satu kampung di belakang CFS IIUM, dekat dengan bangunan SMAWEP. Sebenarnya
jangan pelik dengan kejadian seram. Semua tempat khususnya kolej selalu
dikatkan dengan perkara berhantu.
Sama ada cerita ini
direka untuk menakutkan pelajar-pelajar agar tidak melanggar peraturan kolej
atau menjaga para pelajar daripada tidak menganggu mereka. Kita kena sedar
kehidupan kita juga dikongsi oleh oleh makhluk lain dan mereka ada di
mana-mana. Bilangan mereka juga lebih banyak daripada kita. Mungkin pengalaman
yang pernah dilalui oleh orang lain bertujuan untuk menyedarkan agar kita
menghormati kehidupan mereka supaya segala masalah dapat dielakkan. Kita tidak
nampak mereka jadi mungkin akan ada masalah terjadi tanpa disedari.
Mungkin ada
sesetengah perbuatan kita menganggu mereka lantas menyebabkan mereka menganggu
kita sebagai balasan. Ada juga yang tidak rela berkongsi tempat tinggal dengan
manusia lain. Hal-hal sebegini akan mencetuskan kejadian berhantu. Yang penting,
dekatkan diri pada Allah SWT kerana Dialah pemilik segala kekuasaan di atas
muka bumi dan langit. Orang-orang yang jiwanya terlekat pada kebenaran kesucian
iman akan dijauhi oleh mereka yang tidak penyembah pada tuhan yang satu.
Anggap saja
cerita-cerita seram ni sebagai hiburan dan pengubat duka lara tak kala sedih
menonton filem seram Melayu yang suam-suam kuku. Buat habis duit jer tengok
wayang cerita hantu Melayu yang bajetnya rendah, pelakon pun dah nampak macam
tunggul kayu. Enjoylah cerita seram di CFS IIUM kerana ini sebahagian langkah
awal untuk mempercayai yang kita tidak keseorangan di dunia. Hormatlah alam,
haiwan dan tumbuhan sebagaimana dicadangkan oleh Rasulullah SAW. Mungkin kita
tidak mahu menganggu kediaman tempat “mereka”, haiwab belaan “mereka”, dan
tumbuhan yang dijaga “mereka”.
Jangan takut kerana
orang yang mudah takut selalu menjadi mangsa. Beranilah kerana Allah SWT
nescaya tidak apa yang perlu ditakutkan. “Mereka” juga makhluk seperti kita,
cumanya darjat manusia itu lebih tinggi kalau manusia itu benar-benar
mengabdikan diri pada Allah SWT.
Cerita-cerita seram di sini 2.0
Cerita-cerita seram di sini 2.0



Tiada ulasan:
Catat Ulasan