Ahad, 3 Mac 2013

Segila-gila Harlem Shake


  Harlem Shake bukanlah tarian gila-gila tapi sudah gila dan mengasas. Aku tak tahu macam mana orang boleh suka dengan tarian bodoh ni. Serius aku cakap tarian ni macam takde moral je. Cara dia menari memang penuh aksi lucah dan mengarut. Dahlah tarian ni guna idea mengarut dan merapu yang bukan-bukan. Aku rasa Gangnam style lebih bagus daripada Harlem Shake.

 Gangnam style nampak lebih teratur dan kemas cara tariannya. Lucu ada, lucah pun ada. Harlem Shake? Nama pun dah haram, mesti mengabungkan semua unsur negatif dan tidak baik. Aku tengok dah banyak video Harlem Shake yang bertebaran dalam Youtube. Orang Malaysia mana boleh lepas peluang ni. Nilah masa ambil kamera dan rakam buat Harlem Shake. Pastu suruh orang like dan komen banyak-banyak.

  Nasihat aku,tolong jangan buat video Harlem Shake. Percayalah anda akan menyesal lama kelamaan. Masa tu nak delete video tu kat Youtube dah terlambat. Lebih buat aktiviti yang lebih berfaedah. Sudah-sudahlah nak buat benda bodoh lagi semata nak ikut trend semata-mata. Ikut trend takkan bawa kita ke mana-mana, terutamanya ke surau.

1 ulasan:

Aisy berkata...

like this entry!!! suka sangat ikut trend tanpa fikir benda tu baik atau tidak atau tak beri apa-apa faedah..