Pernah tengok
cerita seram yang menampilkan unsur-unsur ganas yang melampau? Biasanya cerita
ni tiada watak hantu pun mahupun makhluk ghaib. Tapi ianya lebih kepada
penjahat psiko. Mereka ni lebih suka membunuh siapa-siapa saja daripada hantu
Melayu yang suka mengusik orang di tengah malam buta. Watak sebagai penjahat
psiko sangat berat untuk dibawakan kerana memerlukan lebih penghayatan
perwatakan yang trauma, gila, tidak waras dan kejam. Sifat-sifat sebegini
memang lari langsung daripada fitrah asal manusia.
Tapi aku ada cerita jijik yang aku tak mahu
langsung tengok walau semua kawan aku dah tengok. Human Centipede iaitu satu
cerita obses yang gila dan jijik mengenai seorang saintis yang ingin mencuba
teorinya tentang manusia lipan. Dia cuba menyambung manusia daripada bahagian
belakang dan bersambung ke bahagian depan manusia. Sama sahaja seperti lipan. Rasanya
tiga atau empat orang telah diseksa untuk menjayakan teori saintis gila itu. Malah
filem ini telah disambung dengan Human Centipede 2 dengan penceritaan seorang
lelaki yang mempunyai obses fantasi seksual dengan lipan. Dia tertarik dengan
teori yang pernah dikemukakan santis gila mengenai manusia lipan dan cuba
mengujinya.
Aku memang haramkan
sungguh-sungguh cerita ni daripada masuk dalam laptop mahupun menontonnya. Bagi
aku cerita ni memang teruk gila dan jijik. Tengok, dah beberapa kali aku sebut
perkataan jijik. Lagipun cerita ni memang di luar kotak munasabah manusia dan
cuba mengubah fitrah kebaikan manusia. Aku rasa cerita ni boleh buat aku trauma
tiga hari berturut-turut walau cerita ni tiada hantu ataupun pembunuhan yang
sadis.
Maka, aku cuba mencari alternatif lain untuk melupakan
ingatanku terhadap filem ini. Akhirnya aku rasa macam suka dengan filem psiko
pembunuhan. Contoh yang terkenal macam Michael Myers (Hallowen), Jason Voornees
(Friday The 13th), Fredyy Krueger (A Nightmare on Elm Street),
Pinhead (Hellraiser), dan Candyman. Banyak lagi filem yang menampilkan cerita
genre macam ni tapi cukup setakat beberapa kerat ni jer. Takut buat tambah
takut jer. Kebanyakkan penjahat dalam filem ni merupakan seorang yang trauma
sejak kecil lagi. Masing-masing ada masalah mental sejak kecil kerana
diabaikan, kurang kasih sayang dan dipulaukan sejak kecil. Ini bermakna
masyrakat kita sendiri yang mencipta “raksasa” ini.
Contohnya macam Michael Myers dalam Hallowen, dia sejak
kecil lagi sudah membunuh kakaknya sendiri pada umur 6 tahun! Sebab itu, doktor
yang merawatnya menganngapnya sebagai “pure evil” dan dikurung dalam suatu
tempat tersembunyi. Orang dah lah ada masalah mental, kena kurung pula. Memang masaklah
sebab tindakan macam ni macam menunggu saat “raksasa” dalam diri jer meletus. Akhirnya
Michael berjaya terlepas pada malam Hallowen dan berlakulah pembunuhan yang
kejam.
Aku pun hairan juga, macam mana pengarah filem Hollywood
boleh dapat idea nak buat cerita macam ni? Pelik dan tak pernah terfikir oleh
siapa-siapa. Malah watak sebegitu kejam, sadis, dan tidak bermoral jarang wujud
dalam masyarakat normal di dunia. Contoh macam filem The Texas Chainsaw
Massacare. Ini filem mengenai sebuah keluarga yang rosak dan terjejas teruk
mental dan apa yang mereka lakukan untuk terus hidup? Makan daging manusia atau
kanibal!!! Memang teruk la tengok mangsa kanibal kena bunuh dengan gergaji
automatik pastu makan buat sate. Malah penjahat dalam cerita itu iaitu
Leatherface pakai topeng yang diperbuat daripada kulit manusia.
Persoalannya, bagaimanakah pengarah Hollywood begitu kreatif
dan inovatif dalam filem-filem sebegini?? Adakah mental mereka juga terjejas
dan semua cerita dalam filem seram ini hanyalah imaginasi tentang diri mereka
sendiri? Mana tahu sebab kalau aku jadi jahat pun, mesti ada style macam
penjahat dalam filem James Bond agent 007. Pembunuhan teruk dan penyiksaan
ganas merupakan satu bentuk gambaran kepada minda yang korup dan rosak. Bukannya
bermakna “wayar” dalam otak dia dah putus tapi ada sesuatu tak kena dengan akal
fikirannya. Seolah-olah logik fikirannya mengatakan pembunuhan itu satu normal
biasa. Perbuatan jenayah perlu dipuji dan diangkat tinggi-tinggi.
Seteruk-teruk watak penjahat dalm filem psiko seram, teruk
lagi minda si pembuat cerita. Percayalah, aku rasa macam aku pula yang terganggu minda bila tengok filem macam ni. Aku minta maaf kalau ada siapa-siapa terganggu minda lepas baca artikel ni. Sebarang info lanjut, boleh layan cerita ni kat youtube atau download jer kat mana-mana.






2 ulasan:
Cerita yang penuh sadis dan penyeksaan ini memberi pengajaran kepada manusia supaya kita tunduk kepada Tuhan dan bukannya menyeksa manusia sesama sendiri, kita dilahirkan ke dunia bukan menjadi seekor binatang, malah kita seharusnya menjadi manusia yang berguna untuk agama, masyarakat dan negara....
Ada orang yg menonton filem sadis berasa insaf dan selalu berdoa kepada tuhan agar dijauhkan daripada perkara tu.. tapi ada juga yg mengambil inspirasi drpd filem tersebut utk melakukan kerja kotor.. mereka jadi terdedah kepada benda kotor.. bila mereka ada masalah, mereka akan tiru cara villain dlm filem tersebut selesaikan mslah..
Catat Ulasan