Sabtu, 2 Mac 2013
Ini bukan masa untuk mencari salah
Tolong hentikan fahaman politik yang sempit dan sesat. Fahamlah yang kedaulatan negara kita telah dicemari dengan pencerobohan tentera Sulu yang ingin menuntut Sabah kembali. Semalam telah berlaku satu darurat di mana pertempuran berlaku antara tentera Sulu dan tentera Malaysia. Berita-berita arus perdana ada melaporkan 2 atau 3 kematian di pihak kita dan 10 atau13 kematian di pihak lawan.
Masalah ini amat berat kerana Malaysia mempunyai aset senjata yang bagus. Berbillion duit dihabiskan untuk menunjukkan kemegahan Malaysia dalam sistem pertahanan. Masih ingat LIMA di Langkawi? Ohh, masa tu baru kita sedar Malaysia telah menghabiskan banyak bajet untuk menguatkan sistem pertahanan negara kita. Persoalannya bagaimanakah Penceroboh dari Sulu yang tidak mempunyai senjata canggih mampu menembusi dinding daripada dikesan radar? Aku syak yang mereka berenang dari Filipina ke Sabah untuk membuat pemberontakan.
Masalahnya aku tengok berita di laman sosial dan tidak terlepas juga di suratkhabar, mereka menyalahkan pihak lain yang berkomplot dalam pihak ini. Mereka mencari kesalahan puak lain untuk menjatuhkan mereka. Tapi mereka lupa, Lahad Datu masih lagi bergolak. Suasana dalam darurat masih lagi terasa. Aku terkejut yang penceroboh dari Sulu itu sudah hampir tiga minggu berada di Sabah untuk menuntut kembali hak Sulu. Hampir tiga minggu dan Malaysia masih lagi berlembut hanya berpeluk tubuh. Membawa senjata api, peralatan tentera untuk memeberontak masih lagi dikategorikan sebagai orang biasa? Mereka sudah menceroboh sempadan Malaysia secara haram dan masih lagi dibiarkan bebas di Sabah. Akibatnya, dua/tiga komando Malaysia telah dibunuh.
Aku harap semua pihak boleh berhenti daripada mencari kesalahan orang lain smata-mata mahu menjatuhkannya. Kalau tiada bukti dan fakta, itu sudah menjadi fitnah. Maka kita kena kurangkan bercakap dan berfikir dengan lebih matang. Kita harus bersatu, ketepikan semua perasan kepartian, perkauman, perbezaan darjat. Ini masa untuk bertindak untuk menyingkirkan penceroboh yang tidak beradab. Ini bukan zaman kegemilangan Kesultanan Sulu untuk melakukan perkara sedemikian. Zaman keemasan itu sudah lama berlalu. Zaman sekarang kita tekankan dengan rundingan, perbincangan, perbicaraan di mahkamah jika ada masalah seperti masalah pertikaian Sabah milik siapa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan