Jumaat, 1 Mac 2013

Lahad Datu perlu dipertahankan


  Adakah Kesultanan Sulu di Filipina mempunyai hak mutlak untuk mengambil semula Sabah? Perkara itu aku belum pasti, yang aku tahu Sabah dulu pernah bernaung di bawah kibaran Kesultanan Sulu. Perkara itu biarlah orang bijak pandai yang uruskan. Lagipun pertikaian tersebut akan membawa masalah-masalah lain yang berdasarkan atas faktor sejarah.

  Sama ada Sabah perlu dipulangkan semula kepada Kesultanan Sulu atau Malaysia masih ada mandat untuk memegangnya, itu bergantung kepada perbincangan aman. Masalahnya membawa tentera-tentera mengawal di persisiran pantai Lahad Datu itu bukanlah satu perbuatan yang aman. Tuntutan supaya menyerahkan balik Sabah tidak akan selesai malah akan bertambah buruk. Tentera itu fungsinya sebagai pejuang di medan peperangan dan mereka menghantar tentera di Sabah, mereka mahu berperang dengan Malaysia? Jangan bimbang, Malaysia ada kapal selam 1 billion.

  Lepas solat jumaat, timeline twitter dan facebook aku penuh diiisi dengan berita Lahad Datu sudah diserang. Malah laman web The Star online baru sahaja memuat naik berita yang mengatakan dua polis sudah terbunuh. Empat orang lagi masih cedera,klik sini. Nampaknya Malaysia perlu berlawan dengan mereka yang menceroboh perairan ini yang aman.

  Kesultanan Sulu mungkin ada hak untuk menuntut balik Sabah sebagai pegangan kuasanya tapi tindakan yang bijak harus diambil. Langkah seperti peperangan menyebabkan pihak luar akan ambil kesempatan. Kesempatan ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk melagakan kedua-dua pihak, dan akhirnya pihak musuh tepuk tangan. Pengambilan Sabah secara paksa akan mengakibatkan Sabah terus berada dalam keadaan darurat. Keamanan sudah tiada lagi.

  Cuba lihat negara lain seperti di Afrika, Timur Tengah dan lain-lain. Negara yang aman tiba-tiba berbalah akibat isu pertikaian atau perebutan wilayah. Masalah tersebut masih berlarutan sampai sekarang. Harga keamanan terpaksa dibayar dengan darah dan keringat derita rakyat. Paling bagus sekali ialah mengadakan rundingan damai. Cuba cari mana-mana mahkamah antarabangsa untuk menyelesaikan masalah ini. Kedua-dua pihak ada fakta dan hujah tersendiri untuk mempertahankan apa yang mereka percayai.

  Rasanya cara ini lebih bagus dan selamat demi menjaga keselamatan serta perdamaian di antara dua negara. Sabah akan bebas dariapda ancaman pengganas atau pihak luar yang cuba mencuri hasil kekayaan Sabah. Jangan bimbang kalau Malaysia kalah berunding, kami tak akan hantar pasukan tentera untuk ambil balik Sabah. Kami Malaysia masih percaya keamanan untuk seluruh rakyat walau kami sendiri yang buat bala (oopppsss!!!).

Tiada ulasan: