Selasa, 19 Mac 2013

IELTS speaking test 2.0


    Fuhh, lega! Hari ni dapat balik awal dari kelas. Pagi tadi baru jer buat IELTS speaking test. Orang pertama dalam kelas aku tu. Nasib baik lecturer yang interview tu baik-baik saje. Siap bagi dorongan suruh pertingkat kemahiran speaking better in english. Soalan yang diberi pun mudah-mudah jer. Tak payah serabut nak fikir lama-lama untuk faham kehendak soalan.
  
   Mula-mula tu kami tersilap tempat nak ambil IELTS speaking test. Ingatkan di tempat pejabat lecturer rupanya dalam kawasan blok kami juga. Memang nasib jadi orang pertama. Masuk bilik tempat tu terus duduk atas kerusi.

   Dia tanyalah keadaan kita pagi tu dan macam mana perasaan pada hari tu. Aku jujurlah cakap yang aku nervous beserta dengan sebab-sebabnya. Bahagian pertama, dia tanya pasal maklumat diri, perkara menarik di tempat sendiri dan kenapa lebih suka belajar di luar negara. Tak payah sangat dan aku cakap jer apa yang terlintas dalam fikiran.

   Masuk bahagian kedua, dia bagi satu helaian kertas yang ada satu soalan khas. Dalam masa satu minit, aku cuba tulis nota untuk panduan aku bercakap. “Describe about a place that you visited were you a children.” Lama gak aku fikir nak pilih tempat apa dan kenapa. Aku pun terus pilih Lata Belatan di Besut sebab tu tempat kegemaran aku pergi berkelah. Lata Belatan macam kawasan air terjun yang mengalirnya aliran sungai yang tenang dalam kedamaian kehijauan hutan. Nasib baik aku sempat jawab semua soalan dalam masa dua minit sebelum dia suruh aku berhenti.

   Bahagian ketiga ni seronok sikit sebab boleh cakap lama dan merapulah apa-apa pun, asalkan logik. Memang semua soalan ni mudah sebab hanya berlegar mengenai tourism iaitu pelancongan. Aku tak pasti sama ada aku guna dengan baik tak cara “why, so, but, then.” Yang pasti, aku cakap jer apa idea yang ada. Habis idea aku terus berhenti cakap.

   Mula-mula dia tanya pasal perkara yang menarik di kawasan aku mengenai pelancongan. Aku katakanlah mengenai daerah lama aku, Besut. Di Besut, ada satu istana lama milik sebuah kerajaan sebelum wujudnya kerajaan Terengganu. Kemudian, aku cakap Besut ada satu industri membuat rumah tradisional yang membuat ukiran kayu yang cantik dan menyerupai gaya rumah pembesar dan raja dulu-dulu.

   Pastu, dia tanya pasal kebaikan pelancongan di Malaysia. Nampak mudah, idea pun mencurah-curah. Tapi aku hanya cakap dua atau tiga isi sebab kepala ni dah rasa kosong dan berat bila kena buat terjemahan melayu ke inggeris. Vocab tak power, memang cakap sepatah dua camtu jer.

   Dia ada gak tanya kenapa ada sesetengah negara tak mempromosi pelancongan sebagai satu bidang ekonomi. Aku cakaplah yang pemimpin negara tu ingin mempertahankan budaya asal mereka daripada diceroboh dan dirasuki anasir kuning yang biasanya dibawa oleh pelancong asing. Soalan terakhir mengenai fungsi pemandu pelancong. Semua orang tahu tugas mereka untuk membawa pelancong ke tempat-tempat menarik dan melindungi pelancong daripada jenayah tempatan.

    Keseluruhannya, aku rasa dapat band 6.5 berbanding test lepas, aku dapat 5 jer. Tapi tu cuma tekaan jer. Bukan fakta bukan kenyataan. Sebabnya aku rasa dah buat lebih baik daripada yang dulu. Lecturer kami letak cut-off band pada nombor 6. Jadi kalau aku dapat 6.5 tu dah kira okey.

  Kadang-kadang aku rasa IELTS speaking test tu taklah payah sangat. Aku yang jarang cakap bahasa english boleh jer jawab soalan tapi tergagap-gagaplah. Cuma keyakinan dan ilmu pengetahuan yang menjadi penentu di manakah band kita berada. Sama ada dapat tak band 7/8/9. Bagi aku, band Hujan dah cukup untuk aku. Hahahahaha.




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nt update la result..ehehhe..nak ambil jugak..tp kene well-prepare la kot ek.ambil di mn ye

Amir berkata...

intec shah alam

Tanpa Nama berkata...

band hujan tu xbleh blah,,...
muahahahahahaaa....

Amir berkata...

best apa... buat lagu sedap2.. tak macam lagu2 hit kat radio sekarang ni

Amir berkata...

la.. aq betul2 dpt 6.5 point.. skit sgt nk lpas cut-off point

Tanpa Nama berkata...

well done.. u r diferent than what people thought.. we always look down when u act or speak.. but actually we r wrong.. so its true, dont judge book by its cover.. peace

Amir berkata...

peace you too.. judging the book by its cover is marketing strategy